Utusan Borneo (Sarawak)

PPM rampas rokok, minuman keras dalam operasi di Bekenu

Rampasan bernilai RM44,388.36, suspek warga Indonesia ditahan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Miri berjaya merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai keseluruha­n termasuk cukai sebanyak RM44,388.36 hasil serbuan ke sebuah premis kedai di Bekenu dekat sini kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Komander PPM Wilayah Lima ACP Shamsol Kassim berkata operasi dinamakan Ops Landai disertai seorang pegawai dan tiga anggota Unit Risikan Marin PPM Wilayah Lima Miri dibuat setelah mengesyaki premis terbabit menjual rokok dan minuman keras secara tidak sah.

“Pemeriksaa­n menjumpai pelbagai jenama rokok serta minuman keras yang disimpan di dalam stor di kedai tersebut.

“Hasil pemeriksaa­n, mendapati OYDS (Orang Yang Disyaki) gagal mengemukak­an sebarang dokumen yang sah memiliki dan menyimpan rokok dan minuman keras daripada pihak kastam,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Susulan dari pemeriksaa­n itu, Shamsol berkata seorang lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun ditangkap bagi membantu siasatan.

“Serbuan itu telah merampas sebanyak 17,820 batang rokok putih pelbagai jenama dan 10,192 batang rokok keretek pelbagai jena

Hasil pemeriksaa­n, mendapati OYDS (Orang Yang Disyaki) gagal mengemukak­an sebarang dokumen yang sah memiliki dan menyimpan rokok dan minuman keras daripada pihak kastam.

ACP Shamsol Kassim

Komander PPM Wilayah Lima

ma dianggarka­n bernilai termasuk cukai sebanyak RM22,690.36.

“Sementara itu, turut dirampas ialah 1,800 tin bir, 648 botol bir dan 29 botol arak dianggarka­n bernilai RM21,698. Anggaran nilai keseluruha­n barang rampasan ialah sebanyak RM44,388.36,” ujarnya.

Sehubungan itu, Shamsol berkata kes dirujuk dan diserahkan kepada pihak Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki menjual rokok dan minuman keras secara tidak sah di premis.

 ??  ?? DIRAMPAS: Suspek (tengah) ditahan bersama rampasan pelbagai jenis rokok dan minuman keras oleh PPM Wilayah Lima Miri.
DIRAMPAS: Suspek (tengah) ditahan bersama rampasan pelbagai jenis rokok dan minuman keras oleh PPM Wilayah Lima Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia