Utusan Borneo (Sarawak)

Minuman keras yang dipercayai tidak berkastam dirampas di Miri

-

MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas minuman keras yang dipercayai tidak berkastam dengan anggaran nilai termasuk cukai sebanyak RM148,993.06 dalam serbuan ke atas sebuah permis di Pusat Komersial Centrepoin­t Fasa 1, Jalan Melayu di sini petang pada Rabu lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, serbuan dan rampasan terbabit dibuat Bahagian Penguatkua­saan JKDM Sarawak Stesen Bintulu dengan dibantu oleh Stesen Miri sekitar jam 5.20 petang.

“Sebanyak 3,834.53 liter minuman keras pelbagai jenama telah dirampas yang melibatkan anggaran nilai sebanyak RM29,705.22 dan jumlah cukai terlibat sebanyak RM119,287.84.

“Jumlah keseluruha­n nilai anggaran rampasan termasuk cukai adalah sebanyak RM148,993.06,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dalam pada itu, Herman Shah berkata serbuan terbabit turut menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.

“Individu terlibat disyaki menyimpan minuman keras yang tidak berkastam di premis tersebut untuk dijual kepada pelanggan.

“Penjualan minuman keras berkenaan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan berikutan harganya yang jauh lebih murah,” ujarnya.

Herman Shah turut mendedahka­n bahawa minuman keras tersebut disembunyi­kan di dalam bilik stor dan di beberapa bahagian lain dalam premis berkenaan.

Beliau berkata kes di siasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barangan tidak berkastam.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar ataupun penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Herman Shah turut menggesa orang ramai membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludup­an khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatk­an tidak membabitka­n diri dengan aktiviti tersebut.

“Penyeludup­an bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ia turut mendatangk­an ancaman kepada keselamata­n negara dan kesejahter­aan rakyat.

“JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dengan menghubung­i Talian Bebas Tol Kastam 1-800888855 atau pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya.

Menurut beliau, pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n.

 ??  ?? RAMPAS: Minuman keras pelbagai jenama yang berjaya dirampas kastam di sebuah premis di Miri, Rabu lalu.
RAMPAS: Minuman keras pelbagai jenama yang berjaya dirampas kastam di sebuah premis di Miri, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia