Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Sarawak usir dua bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak mengusir dua bot nelayan asing Indonesia yang dikesan menceroboh perairan negara di kedudukan 75.1 batu nautika Barat Laut Tanjung Sirik pada Rabu lalu.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, dua bot nelayan berwarna biru merah dikesan dalam keadaan mencurigak­an iaitu sekitar jam 8 pagi.

Menurutnya, bot tersebut dikesan ketika aset Maritim Malaysia sedang melaksanak­an rondaan Ops

Benteng/Ops Khas Kuda Laut di sekitar sempadan Malaysia-Indonesia.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua tekong dan awak-awak tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, namun tiada sebarang barang terlarang yang ditemui di atas bot tersebut.

“Dua bot yang ditahan itu dikendalik­an oleh empat orang warga Indonesia dengan peralatan menangkap ikan jenis pukat rawai serta hasil laut ikan campur dengan anggaran berat 200 kilogram,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, bot nelayan asing tersebut kemudian diusir keluar dari perairan negara iaitu 28 batu nautika ke sempadan Malaysia-Indonesia sejajar dengan situasi semasa bagi mengekang penularan COVID-19.

“Seluruh komuniti maritim diharapkan dapat berganding bahu bersama agensi penguat kuasa dalam menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut.

“Laporan boleh dibuat menerusi talian MERS 999 atau menghubung­i Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia