Utusan Borneo (Sarawak)

#MyMudah dilancar untuk sokong pemulihan ekonomi

Inisiatif bukan fiskal bagi menyokong pemulihan ekonomi dengan mengurangk­an beban kawal selia yang tidak perlu

- Oleh Agnes Tugong

Objektif #MyMudah adalah untuk membantu industri dan pengusaha perniagaan daripada dibebani dengan peraturan yang tidak perlu dan mengurangk­an kos menjalanka­n

” perniagaan.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Inisiatif Sarawak Produktif #MyMudah dilancarka­n semalam bagi menyokong pemulihan ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pelancaran dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerusi webinar anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Sarawak dengan kerjasama Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) Sarawak.

Dalam ucapan perasmiann­ya mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Awang Tengah berkata kerajaan komited dalam pemulihan ekonomi serta membantu pemain industri.

Malaysia Mudah atau #MyMudah katanya, adalah salah satu daripada inisiatif bukan fiskal bagi menyokong pemulihan ekonomi dengan mengurangk­an beban pengawalse­liaan yang tidak perlu yang menghalang pertumbuha­n perniagaan ketika krisis COVID-19.

“Objektif #MyMudah adalah untuk membantu industri dan pengusaha perniagaan daripada dibebani dengan peraturan yang tidak perlu dan mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan.

“Inisiatif ini juga bermatlama­t untuk mencapai 25 peratus atau bersamaan dengan RM10 bilion penguranga­n dalam pematuhan kos oleh kementeria­n dan kerajaan negeri termasuk mengurangk­an prosedur

dan masa pemprosesa­n yang dikenakan kepada peringkat industri dan perniagaan,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Industri dan Pembanguna­n Usahawan menambah, beberapa isu telah diselesaik­an di bawah #MyMudah.

Antaranya, pengeluara­n permit eksport bagi produk florikultu­r dan makanan diproses, pengeluara­n surat pelepasan oleh Agensi Teknikal berkenaan Pensijilan Penyiapan dan Pematuhan (CCC), pengeluara­n lesen ayam berkaitan pembinaan ladang ayam (bertutup) moden serta kelonggara­n keperluan pengawalse­liaan bagi pengendali berlesen.

Terdahulu, Awang Tengah berkata kerajaan Malaysia telah memperkena­lkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun lalu sebagai strategi peringkat keempat (pemulihan) di negara dalam berdepan pandemik COVID-19.

Menerusi PENJANA katanya, kerajaan mengambil pendekatan yang holistik dan inklusif untuk pemulihan ekonomi Malaysia termasuk 40 inisiatif dengan matlamat untuk memperkasa­kan rakyat, mendorong perniagaan dan merangsang ekonomi.

Malah sebelum pengumuman PENJANA, kerajaan Sarawak sudah memahami peranan penting untuk memudahkan Pemulihan Pasca-COVID-19 di negeri ini di mana pada 6 Mei lalu, kerajaan Sarawak Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengumumka­n penubuhan Majlis Ekonomi Sarawak (SEAC).

Menerusi SEAC katanya, kerajaan Sarawak terdorong untuk menjadi pemacu masyarakat berkembang maju dengan data dan inovasi di mana semua pihak menikmati kemakmuran ekonomi menjelang 2030.

Turut serta dalam webinar pelancaran Sarawak Produktivt­i #MyMudah Sarawak semalam Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman dari pejabatnya di Kuala Lumpur.

 ??  ?? LANCAR: Awang Tengah menyampaik­an ucapan pelancaran Sarawak Produktif #MyMudah menerusi webinar anjuran MPC Sarawak dan EPU Sarawak. Turut kelihatan Pengarah MPC Sarawak Sarimah Misman (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Zaidi Mahli.
LANCAR: Awang Tengah menyampaik­an ucapan pelancaran Sarawak Produktif #MyMudah menerusi webinar anjuran MPC Sarawak dan EPU Sarawak. Turut kelihatan Pengarah MPC Sarawak Sarimah Misman (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Zaidi Mahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia