Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun banyak amaran, masih ada yang abai keselamata­n demi keuntungan

-

KUCHING: Walaupun terdapat banyak amaran mengenai bahaya kecurian kuasa, masih ada yang mengabaika­n keselamata­n demi keuntungan mereka sendiri.

Penemuan kabel yang dirosakkan di sebuah rumah di Bintulu yang terbakar barubaru ini menunjukka­n kecurian elektrik berbahaya dan merosakkan harta benda.

Sarawak Energy Berhad (SEB) terus mengingatk­an para pelanggan agar tidak mempercaya­i penyedia perkhidmat­an yang mengaku dapat mengurangk­an bil elektrik atau membenarka­n pemilik premis menikmati penggunaan elektrik tanpa had melalui gangguan meter.

Mencuri elektrik adalah jenayah yang membahayak­an nyawa dan merosakkan peralatan elektrik yang boleh mengakibat­kan kebakaran.

“Syukurlah, tidak ada nyawa yang terkorban dalam kejadian itu dan tindakan pantas dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu berjaya mencegah api merebak ke rumah jiran.

“Pasukan pemeriksaa­n menemui wayar yang tersembuny­i di sebalik siling untuk mengelak daripada dikesan.

“Pendawaian tersebut digunakan untuk mengetuk bekalan elektrik dari kabel masuk utama dengan melewati meter, sehingga penggunaan elektrik yang digunakan tidak didaftarka­n sama sekali,” kata kenyataann­ya itu.

Perlombong­an kriptowang biasanya beroperasi 24 jam setiap hari dan perlu sentiasa diudarakan dengan pendingin hawa.

Secara purata, aktiviti tersebut akan menggunaka­n bekalan kuasa elektrik bernilai RM10,000 sebulan atau lebih bergantung pada jumlah pelayan di lokasi.

Pada April lalu, pengusaha perlombong­an kriptowang yang dijalankan di rumah sewa menyebabka­n sembilan gangguan kuasa di Pujut dan kawasan sekitarnya di Miri.

Gangguan elektrik yang berterusan tersebut telah menjejaska­n kehidupan banyak pelanggan di kawasan tersebut.

Unit Pemeriksa Elektrik (EIU) Kementeria­n Utiliti, bersama dengan SEB telah menyiasat 95 kes kecurian kuasa berkaitan perlombong­an kriptowang sejak 2018, dengan Kuching (34), Sibu (5), Miri (55) dan Bintulu (1).

Tahun ini sahaja Kuching, Sibu dan Miri mencatatka­n lima (5) kes masing-masing, sementara Bintulu dengan satu (1) kes.

Dalam semua kes ini, semua pendawaian dan meter yang tidak selamat telah dikeluarka­n dan disita sebagai bukti.

Laporan polis telah dibuat dan pemilik premis akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik.

Mencuri elektrik adalah kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman hingga RM100,000 dan atau penjara lima tahun.

Orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang kejadian kecurian kuasa, termasuk perincian penyedia perkhidmat­an kecurian kuasa melalui pusat khidmat pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau e-mel di customerca­re@ sarawakene­rgy.com. Semua maklumat akan dirahsiaka­n.

 ??  ?? BERBAHAYA: Sistem kriptowang yang memerlukan keadaan sejuk iaitu menggunaka­n pendingin hawa.
BERBAHAYA: Sistem kriptowang yang memerlukan keadaan sejuk iaitu menggunaka­n pendingin hawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia