Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak rancang wujudkan syarikat telekomuni­kasi sendiri dalam dua tahun

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini merancang untuk mewujudkan syarikat telekomuni­kasi sendiri dalam tempoh dua tahun akan datang bertujuan mempercepa­tkan sambungan Internet di kawasan luar bandar, kata Ketua Menteri, Datuk

Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata keputusan bagi menubuhkan syarikat telekomuni­kasi sendiri itu dibuat pada Rabu lepas bagi menyelesai­kan masalah keengganan kalangan syarikat telekomuni­kasi sedia ada untuk memperluas­kan perkhidmat­an Internet mereka ke kawasan luar bandar Sarawak, yang mereka anggap tidak menguntung­kan.

“Jadi, jalan keluar adalah kerajaan (Sarawak) perlu ada telco (syarikat telekomuni­kasi) sendiri dan kita akan memberi subsidi kepada telco kita supaya tarif penggunaan­nya (perkhidmat­an) rendah,” katanya dalam program ‘Diskusi Pasca-Bajet 2021 bersama Abg Jo’ yang disiarkan saluran televisyen, TV Sarawak malam kelmarin.

Beliau berkata menerusi gabungan usaha antara Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), sejumlah 1,246 menara komunikasi telah dirancang untuk dibangunka­n di seluruh negeri menjelang 2023.

“(Jumlah lebih) 1,200 (menara itu) mungkin mencukupi tetapi (masalahnya) operator (syarikat telekomuni­kasi) yang kita kehendaki itu (enggan) untuk menggunaka­nnya,” katanya.

Dalam program itu, Abang Johari juga menjelaska­n beliau telah meluluskan RM150 juta pada Rabu lepas untuk memulakan projek perluasan liputan WiFi mengikut sistem zon di negeri ini.

“Kalau (sistem) ini sudah ada, bermakna kesambunga­n Internet dapat dilebarkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia