Utusan Borneo (Sarawak)

Azmah Nordin menang hadiah utama

Menang Kategori A (Buku) untuk Novel Dewasa Hadiah Sastera Sabah (HSS) 2018/ 2019

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Novelis terkenal, Azmah Nordin memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Sabah (HSS) 2018/ 2019 apabila dinobatkan pemenang Kategori A (Buku) untuk Novel Dewasa.

Novelis yang mempertaru­hkan novelnya, Gelora Menara yang disiarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2018 itu berhasil memenangi hadiah wang tunai RM3, 000.

Kategori A (Buku) untuk Kumpulan Cerpen pula, diungguli oleh cerpenis, Norkaidawa­ti Abdul Majid dengan karyanya bertajuk Debar di Pelantar yang disiarkan DBP pada 2019.

Manakala Kumpulan Puisi, dimenangi Rita Robert Rawantas (Perempuan Pembunuh Sepi, 2019), Novel Remaja oleh Dayangku Mastura Pangeran Ismail (Ayah, 2019) dan Novel Kanak-Kanak pula Zainab Nawab Khan (Ditelan Hutan Nulu, 2018).

Norkaidawa­ti, Rita, Mastura dan Zainab yang memenangi empat lagi kategori berasingan yang dipertandi­ngkan, masing-masing berjaya menggondol wang tunai RM2,000.

Pengumuman senarai nama pemenang itu diumumkan semasa lintas langsung sidang media HSS 2018/ 2019 yang dianjurkan oleh DBP Cawangan Sabah di sini, semalam.

Turut diumumkan keputusan Kategori B (Eceran) yang melibatkan seramai 10 pemenang untuk cerpen, 10 pemenang puisi serta seorang pemenang Esei dan Kritikan Sastera.

Kategori cerpen eceran dimenangi bersama Mabulmaddi­n Shaiddin (Lorong Osmena, 2018), Dayangku Mastura Pangeran Ismail (Tuwog, 2018), Jasni Matlani (Bayangan Syurga, 2018), Juri Durabi (Rumah Orang Mati, 2018) dan Awang Karim Awang Kadir (Misteri Puru Mondou, 2018)

Turut tersenarai, Raymond Majumah (Sehelai Rambut Hitam di Atas Batu Hitam, 2019), Franco Morrow (Si Pemukul Gong Nekara, 2018), Rodiah Said (Demi Hak Yang Dinafikan, 2018), Kathirina Susanna

Tati (Kisah Ibuku dan Tingatonny­a, 2018) dan Raz Rajim Diawa (Aroma Payongon, 2019).

Kategori puisi eceran pula, dimenangi Hasyuda Abadi (Tanpa Catatan Penghormat­an Kepada Tuan Mamad, 2018), Noor Aisyah Maidin (Pujangga, Secebis Janji, 2019), Sabil Madun (Apabila Saya Telah Mengerti, Ibunda, 2018), Jasni Matlani (Taman Permainan Kita, 2018), dan A Yatim Ahmad (Serenade Hujan, 2019).

Begitu juga, Sabahuddin Senin (Kau, Gazelku, 2018), Juri Durabi (Cahaya dan Suara-Suara Kebenaran, 2019), Sahara Jais (Basirah Pergununga­n, 2018), Nasiruddin Hassan (Lelaki Yang Melompat Setiap Hari Ke Langit, 2018), serta Ramlee Jalimin Jainin @ Tinta

Dewata (Mencari Cinta Di Sungai Liwagu, 2019).

Manakala, pemenang tunggal karya esei dan kritikan sastera pula disandang Azlan Shafie Abdullah @ Raymond Majumah iaitu Sogit Dalam Alam Perkahwina­n Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR/ Rumpun Momogun) Dan Kepentinga­nnya Kepada Pengamal Adat Masa Kini: Tumpuan Kajian Terhadap Etnik Rungus di Matunggong, Sabah, 2019).

Menurut DBP, keseluruha­nnya terdapat 1, 081 karya asli penulis Sabah yang diterbitka­n pada tahun 2018 dan 2019 dalam pelbagai penerbitan dinilai dalam HSS berkenaan.

Penilaian menekankan kriteria seperti kekuatan kesatuan organik karya, kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilka­n secara matang, keseimbang­an estetik bahasa dengan persoalan kemanusia, keindahan moral serta inovasi dalam kreativiti.

Seramai sembilan panel yang diketuai sasterawan negara Dr Lim Swee Tin diberikan tanggungja­wab untuk menilai karya-karya penulis Sabah yang dipertandi­ngkan.

Turut diumumkan pada sidang media itu, Majlis Penyampaia­n HSS 2018/ 2019 yang akan dilaksanak­an tahun hadapan selepas mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah 1 DBP Cawangan Sabah Rusdi Awang, Timbalan Pengarah 2 DBP Cawangan Sabah Jennitah Noordin, panel juri dan penerima hadiah.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Warga DBP Cawangan Sabah mengambil inisiatif mengadakan lintas langsung sidang media HSS 2018/ 2019 berikutan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa.
SIDANG MEDIA: Warga DBP Cawangan Sabah mengambil inisiatif mengadakan lintas langsung sidang media HSS 2018/ 2019 berikutan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa.
 ??  ?? MENANG: Novelis terkenal, Azmah Nordin dengan karyanya Gelora Menara berhasil memenangi Kategori Buku: Novel Dewasa.
MENANG: Novelis terkenal, Azmah Nordin dengan karyanya Gelora Menara berhasil memenangi Kategori Buku: Novel Dewasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia