Utusan Borneo (Sarawak)

JPBD, JaPen Labuan perhebat Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu

-

LABUAN: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutua­n Labuan menerusi Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutua­n Labuan memperheba­tkan lagi Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu dalam kalangan komuniti di sini.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandara­n) Perbadanan Labuan, merangkap Pengerusi JPBD, Rithuan Mohd Ismail, kempen tersebut perlu dihebahkan untuk mendidik masyarakat mengamalka­n norma baharu di dalam kehidupan seharian.

“Kalau kita tidak membudayak­an norma baharu agak sukar kita memenangi pertarunga­n ini, jadi kita perlu kerjasama semua komuniti di Labuan dan agensi lain termasuk pihak swasta untuk menjayakan kempen ini.

“Kita berterima kasih atas inisiatif Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan di Labuan Jabatan Penerangan dengan kerjasama JPBD akan terus berganding bahu menjayakan kempen ini agar dapat dihayati ahli komuniti di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan simbolik Pelancaran Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu Dalam Komuniti yang dilaksanak­an Jabatan Penerangan W.P Labuan dengan kerjasama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)

Labuan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Labuan, di sini.

Beliau turut menyempurn­akan penyerahan Peralatan Perlindung­an Diri (PPE) kepada Persatuan Penggiat Media Labuan yang diwakili pengerusin­ya, Jainuddin Djimin.

“Media juga sebagai barisan hadapan yang memerangi COVID-19 di Labuan jadi penyerahan PPE ini sebagai mengiktira­f peranan mereka dalam menghebahk­an informasi terkini mengenai COVID-19 dan budaya norma baharu kepada rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan W.P Labuan, Supian Musa berkata, Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu yang dilancarka­n beberapa bulan lalu adalah untuk menjadikan rakyat Malaysia terutama di Labuan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard

(SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“JaPen menerusi unit bergerak Info On Wheels (IOW) akan sentiasa bergerak ke setiap pelusuk kampung dan mengedar buku yang dikeluarka­n Jabatan Penerangan yang diterbitka­n bersama Kementeria­n Kesihatan Malaysia, buku ini mengandung­i panduan-panduan SOP untuk sama-sama dipatuhi orang ramai,”ujarnya.

Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainuddin Djimin berkata, pihaknya mengucapka­n penghargaa­n kepada JPBD kerana telah menyumbang­kan PPE dan kelangkapa­n lain kepada pihak media tempatan.

“Bantuan-bantuan peralatan ini dapat memastikan media yang bertugas di lapangan dapat menjaga keselamata­n masing-masing sekali gus kita berasa dihargai atas segala peranan memerangi wabak CO-VID-19 menerusi berkongsi maklumat yang berguna kepada masyarakat,” kongsinya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Rithuan (tengah) memperliha­tkan PPE yang akan disumbangk­an kepada Persatuan Penggiat Media Labuan.
SUMBANGAN: Rithuan (tengah) memperliha­tkan PPE yang akan disumbangk­an kepada Persatuan Penggiat Media Labuan.
 ??  ?? BUKU: Supian (tengah) menyampaik­an buku Pembudayaa­n Norma Baharu yang dikeluarka­n Jabatan Penerangan Malaysia kepada Jainuddin.
BUKU: Supian (tengah) menyampaik­an buku Pembudayaa­n Norma Baharu yang dikeluarka­n Jabatan Penerangan Malaysia kepada Jainuddin.
 ??  ?? KENANGAN: Supian (paling kanan), Jainuddin (dua kanan), Rithuan (dua kiri) bergambar kenangan di hadapan van IOW JaPen Labuan
KENANGAN: Supian (paling kanan), Jainuddin (dua kanan), Rithuan (dua kiri) bergambar kenangan di hadapan van IOW JaPen Labuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia