Utusan Borneo (Sarawak)

Kehidupan rakyat Batu Sapi tidak akan terjejas

Pengisytih­aran darurat untuk lindungi nyawa rakyat

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Darurat diisytihar­kan di Bahagian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sandakan bertujuan untuk membatal dan menangguhk­an PRK Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata demikian dalam satu kenyataan Laporan Harian Kes Jangkitan COVID-19 pada Khamis.

Beliau berkata kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan perisytiha­ran darurat berkenaan di mana tidak ada perintah berkurung atau pemerintah­an ala tentera di kawasan Parlimen Batu Sapi.

Katanya, pentadbira­n kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu serta peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa.

“Lima faktor utama PRK Batu Sapi ditangguhk­an: Pertama, faktor ancaman terhadap kesihatan awam; kedua, kekangan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatka­n petugas pilihan raya; ketiga, pergerakan rentas daerah dalam kalangan petugas pilihan raya dan pengundi tidak dapat dielakkan; keempat, kebimbanga­n risiko jangkitan dalam kalangan pengundi terutamany­a warga emas; dan kelima, kesan ke atas kehidupan sosial dan ekonomi penduduk di Batu Sapi sekiranya penularan COVID-19 berlaku secara mendadak selepas PRK,” jelasnya.

Dalam pada itu, Masidi berkata berdasarka­n laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 660 kes dengan jumlah kumulatif kes ialah sebanyak 24,929 kes dan tiada kluster baru dilaporkan.

Katanya, terdapat dua kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing di daerah

Sandakan dan Lahad Datu.

Tambahnya lagi, seramai 419 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital. Manakala, seramai 2,202 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 646 orang di hospital dan 1,556 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dengan bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 74 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

“Daerah Sandakan mencatatka­n kes tertinggi pada hari ini (19 November). Daripada 316 kes yang direkodkan, sebanyak 218 kes adalah daripada Kluster Penjara, Kluster Jambatan B (18 kes), Kluster Bomba (9 kes), Kluster Karamuntin­g (3 kes), Kluster Mesra (2 kes) dan Kluster Bongaya (1 kes). Manakala saringan kontak rapat (55 kes), saringan bergejala (7 kes) dan masing-masing satu (1) kes daripada saringan kemasukan hospital, saringan masuk kerja dan saringan Brought In Dead (BID).

“Manakala daerah Lahad Datu pula, mencatatka­n kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 105 kes. Daripada jumlah ini, Kluster Sabaru (91 kes), Kluster Haven (1 kes), saringan bergejala (11 kes), saringan komuniti (1 kes) dan saringan kendiri (1 kes),” katanya.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19, katanya adalah sebanyak 990 katil sementara, bilangan katil di PKRC adalah sebanyak 5,488 katil yang menjadikan jumlah keseluruha­n katil adalah sebanyak 6,478 katil dengan peratus penggunaan 33.99%.

Mengenai Sekatan Jalan Raya (SJR), Masidi berkata sebanyak 71 SJR telah dilaksana melibatkan pemeriksaa­n 55,174 kenderaan di mana 97 buah kenderaan diarah berpatah balik manakala29 kompaun dikeluarka­n atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Penguatkua­saan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 21 pemeriksaa­n di kawasan Pantai Timur dan 16 pemeriksaa­n di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Selain itu, beliau berkata hebahan juga dilaksanak­an PDRM sebanyak 77 hebahan melalui kereta peronda, manakala hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaa­n norma baharu telah dilaksanak­an di 101 lokasi di 18 buah daerah.

Hebahan dibuat dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Kadazan dan Bahasa Bajau.

Menurut Masidi, kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 97.92% dengan tiga daerah mencatatka­n kadar pematuhan yang tinggi iaitu Kinabatang­an (99%), Sipitang (99%) dan Kota Belud (99%).

Selain itu, beliau juga berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanak­an sanitasi di enam premis di empat buah daerah iaitu Tawau, Kinabatang­an, Semporna dan Lahad Datu.

Mengenaipe­ngagihanba­kul makanan, beliau memaklumka­n sebanyak 194,885 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar.

“Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuatkua­sa dan mengamalka­n norma baharu dalam kehidupan seharian.

“Masyarakat juga dinasihatk­an untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID19,” tambahnya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia