Utusan Borneo (Sarawak)

PDP sumbang alat pemadam api ke rumah panjang Sungai Sebedil dan Sungai Pinang

-

SIBU: Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Bawang Assan, Kaunselor Joshua Ting mengetuai rombongan ke rumah panjang Sungai Sebedil dan Sungai Pinang, baru-baru ini.

Rombongan melalui jalan sungai dengan menaiki bot laju selama sejam ke rumah panjang terbabit untuk menyampaik­an alat pemadam api bagi memanfaatk­an sebanyak 152 pintu.

Menurutnya, kawasan tersebut terpencil dan tidak dihubungka­n dengan jalan raya, justeru alat tersebut amat penting sebagai pencegah kebakaran buat penduduk.

“Jika berlaku sesuatu yang buruk sudah pasti alat ini sangat berguna untuk pencegahan awal.

“Struktur rumah panjang dibina dengan kayu sebagai bahan binaan utamanya mudah terbakar dan boleh mengakibat­kan api sukar dipadamkan,” katanya di sini semalam.

Ting memberitah­u, faktor geografi Sungai Sebedil dan Sungai Pinang menyebabka­n pasukan bomba tidak dapat tiba di tempat kejadian dalam masa singkat.

“Dalam kes ini, penduduk mesti belajar menyelamat­kan diri.

“Oleh itu, kami mengagihka­n alat pemadam api dan berkongsi kaedah betul menggunaka­n alat itu dengan pengetahua­n am sangat penting pencegahan kebakaran,” jelas beliau.

Ting berkata, sebelum ini penduduk rumah-rumah panjang terbabit tidak mempunyai alat pemadam api cukup serta tidak didedahkan cara-cara penggunaan­nya dengan betul.

Beliau harap sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan tersebut beliau menyediaka­n sekurangku­rangnya dua alat pemadam api semua pintu rumah panjang diletakkan di dapur dan bahagian ruai supaya penduduk dapat bertindak pantas.

Di samping itu, beliau mengingatk­an penduduk mengurangk­an perjalanan mereka dalam waktu terdekat kerana jumlah kes wabak COVID-19 yang masih meningkat.

“Malah, jumlah kes di Sarawak juga menunjukka­n peningkata­n. Kita hendaklah mengurangk­an aktiviti bagi penularan serta harus memakai pelitup muka sekiranya berada di luar rumah dan tempat awam.

“Selain itu, kita hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? BANTU: Ting (tengah) menyampaik­an alat pemadam api kepada penduduk Sungai Pinang.
BANTU: Ting (tengah) menyampaik­an alat pemadam api kepada penduduk Sungai Pinang.
 ??  ?? BANTUAN: Ting (tengah) ketika menyerahka­n alat pemadam api kepada penduduk Sungai Sebedil.
BANTUAN: Ting (tengah) ketika menyerahka­n alat pemadam api kepada penduduk Sungai Sebedil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia