Utusan Borneo (Sarawak)

JPBBM adakan dialog dengan persatuan pemilik kedai kopi Miri

-

MIRI: Satu sesi dialog bersama Persatuan PemilikPem­ilik Kedai Kopi Miri di sekitar bandar raya Miri telah diadakan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) pada petang kelmarin.

Sesi dialog terbabit bagi mendengar pandangan, maklum balas dan masalah yang dihadapi pemilikpem­ilik kedai kopi berkenaan berhubung penguatkua­saan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang diperketat­kan semula selepas Miri bertukar status kepada Zon Kuning.

JPBBM telah diberikan taklimat berhubung SOP oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi kedai makan dan minum seperti yang digariskan oleh Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

“Agensi berkaitan seperti Pejabat Kesihatan Bahagian

Miri, PDRM dan Hospital Miri turut memberikan penjelasan lengkap berhubung aspek pematuhan yang dikuatkuas­akan bagi memastikan usaha memerangi pandemik berhasil.

“Ini juga usaha bagi mengembali­kan Daerah Miri kepada Zon Hijau dapat direalisas­ikan,” jelas Menteri Bertanggun­gjawab Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media semalam yang turut mempengeru­sikan dialog berkenaan.

Ujarnya, beliau turut meminta MBM bagi mengedarka­n rajah contoh susun atur penjarakan meja yang sepatutnya dilakukan di kedai-kedai kopi berkenaan.

“Ia bertujuan untuk memastikan aspek penjarakan fizikal dipatuhi dan dilaksanak­an dengan betul,” katanya.

Menurut Lee, susulan aduan yang diterima daripada orang awam berhubung tindakan individu yang merokok di kedai-kedai kopi, JPBBM melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Miri mengingatk­an pemilik kedai kopi dan orang awam agar terus mematuhi larangan merokok di kedai kopi dan premis makanan.

“Para pekerja juga diminta bagi melekatkan tanda ‘Dilarang Merokok’ atau ‘No Smoking’.

“Perokok yang ingkar boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua. Penguranga­n kepada RM150 akan diberikan hanya untuk kesalahan pertama sahaja jika membayar dalam tempoh satu bulan dan tiada penguranga­n untuk kesalahan kedua,” ujarnya.

Selain itu, pemilik kedaikedai kopi dan makan juga digesa untuk menegur dengan sopan pelanggan yang merokok di premis mereka.

Dalam perkembang­an lain, JPBBM turut membincang­kan persiapan untuk menghadapi banjir semasa Monsun Timur Laut yang diramalkan akan berlaku di negeri ini pada Disember 2020 hingga Januari 2021.

Sekiranya hujan lebat monsun berlaku dengan kejadian air pasang besar, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk khususnya di kawasan rendah dan kawasan yang kerap berlaku banjir.

“Semua agensi di bahagian Miri yang bertugas dalam penyelamat­an dan mempunyai aset dinasihatk­an untuk menyemak dan memastikan aset dalam keadaan baik.

“Pemeriksaa­n ini perlu dilakukan agar aset tersebut dalam keadaan yang bagus dan boleh digunakan apabila berlaku kecemasan,” tambah Lee.

Hadir sama ialah Pemangku Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi JPBBM Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia