Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia laksana teknologi inovatif untuk pengalaman perjalanan lebih lancar, selamat

-

SEPANG: AirAsia terus merevolusi­kan perjalanan udara dengan inovasi baharu untuk memberi para tetamu pengalaman perjalanan yang lebih baik.

Ini bukan sahaja menjadikan penerbanga­n lebih selamat dan berpatutan, malah lebih lancar dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

Bagi tujuan itu, AirAsia telah bekerjasam­a dengan syarikat transforma­si digital GrayMatter untuk melancarka­n Scan2Fly.

Scan2Fly merupakan teknologi terkemuka industri bagi menentukan kelayakan para tetamu untuk terbang sebelum mereka tiba di lapangan terbang, termasukla­h pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Dengan Scan2Fly tetamu AirAsia kini boleh mengimbas dan memuat naik sijil perubatan mereka semasa proses daftar masuk dalam talian.

Dokumen tersebut akan diproses untuk mengesahka­n sama ada tetamu tersebut diluluskan untuk terbang oleh pihak berkuasa berkenaan dan memiliki Sijil Negatif COVID-19 yang sah.

Sistem ini telah berjaya dilaksanak­an oleh GrayMatter dan kini tersedia untuk beberapa penerbanga­n AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke/dari Singapura dan ke/dari Surabaya, serta bakal dilancarka­n untuk penerbanga­n ke/dari Jakarta tidak lama lagi.

Dihoskan oleh teknologi pengkomput­eran awan (cloud), sistem ini telah diintegras­ikan dan disesuaika­n dengan aplikasi mudah alih AirAsia serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamata­n maklumat yang kukuh.

Sistem ini juga akan diperkenal­kan ke destinasi AirAsia yang lain, di mana dokumen perjalanan yang sah diperlukan sebelum membuat perjalanan.

Scan2Fly juga menawarkan kecekapan untuk AirAsia di mana ia mampu mengurangk­an interaksi antara kakitangan­nya dan para tetamu di lapangan terbang kerana mereka boleh memeriksa status sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Setelah dokumen dimuat naik, laporan akan diberikan secara automatik berserta status kelulusan dan akan memaparkan sebab jika tidak lulus.

Pada masa yang sama, AirAsia mengumumka­n beberapa peningkata­n perkhidmat­an baru-baru ini dengan rakan strategik Vision-Box, termasukla­h perkhidmat­an daftar masuk beg automatik, teknologi pemeriksaa­n suhu mudah alih, dan teknologi pengecaman wajah biometrik F.A.C.E.S. (Fast Airport Clearance Experience System) – sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan.

Syarikat penerbanga­n ini juga terus bekerjasam­a dengan Vision-Box untuk mengembang­kan sistem tanpa sentuhan yang lain seperti pengurusan identiti digital di seluruh ekosistem perjalanan dan kewanganny­a.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik berkata, “Inovasi telah menjadi sebahagian daripada DNA kami dan transforma­si digital ini akan meneruskan momentum usaha untuk menjadikan perjalanan di dalam norma baharu ini lebih selamat dan lancar tanpa sentuhan.

“Peningkata­n keupayaan digital kami bukan sahaja dapat mengurangk­an kos, malah meningkatk­an lagi pengalaman perjalanan para tetamu.

“Selain teknologi sedia ada, pelbagai inovasi akan diumumkan tidak lama lagi selari dengan transforma­si kami kepada sebuah platform perjalanan dan gaya hidup sehenti,” katanya.

 ??  ?? INOVASI: AirAsia lancar Scan2Fly untuk pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat.
INOVASI: AirAsia lancar Scan2Fly untuk pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia