Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.9 juta bangun infrastruk­tur di DUN Batu Kitang tahun ini: Lo

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah membelanja­kan RM1.9 juta tahun ini bagi pembanguna­n prasarana dan infrastruk­tur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, peruntukan pembanguna­n itu membuktika­n kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berusaha memastikan kesejahter­aan rakyat Sarawak.

“Kita rakyat Sarawak amat berbeza dan istimewa dengan adanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai kuasa sebelum pelaksanaa­n sebarang polisi daripada kerajaan persekutua­n di sini.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga, rakyat Sarawak turut menikmati Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR),” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart, Kampung Semeba semalam.

Justeru katanya, rakyat Sarawak perlu bekerjasam­a dan menyatukan idea mereka serta semangat dan tidak meletakkan perbezaan fahaman politik sebagai penghalang kepada lebih banyak pembanguna­n yang perlu dilaksanak­an.

SK Sacred Heart, Kampung Semeba semalam menerima sebuah ‘baruk’ sebagai simbol kebudayaan masyarakat Bidayuh bernilai RM100,000, selain sebuah tadika yang bakal dibina berupaya memuatkan 25 kanak-kanak pada satusatu masa.

Kata Lo, pendidikan amat penting dan tadika tersebut bakal dibina bermula tahun hadapan bernilai RM100,000.

Kampung Semeba juga bakal mempunyai gerai penjaja yang dibina baharu bermula tahun hadapan dengan kos RM100,000, selain sedang dalam pelaksanaa­n menaik taraf jalan raya dan sistem perparitan.

Kerja-kerja menaik taraf gereja SDA turut disalurkan RM230,000 dan Gereja Sacred Heart, Kampung Semeba bernilai RM50,000 telah siap dilaksanak­an, ujarnya.

Lo menambah, Kampung Semeba kini juga dilihat mempunyai potensi dalam sektor ekopelanco­ngan dan perkara tersebut telah dibawa ketika perjumpaan dengan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini.

Selain itu tambah Lo, lima kediaman daripada jumlah keseluruha­n 80 kediaman di kawasan DUN Batu Kitang milik keluarga kurang berkemampu­an telah dibantu pihaknya.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Sacred Heart, Kampung Semeba Magdalene Lilawati, kontraktor projek selaku Penolong Kanan Pengarah Syarikat Erajaya Mary Rabai Barnabas@Noel dan Ketua Kaum Kampung Semeba Thomas Gown.

 ??  ?? TRADISI: Mary (kanan depan) menyempurn­akan simbolik majlis penyerahan projek kepada Lo (kiri depan) di hadapan ‘baruk’ di SK Sacred Heart, Kampung Semeba semalam.
TRADISI: Mary (kanan depan) menyempurn­akan simbolik majlis penyerahan projek kepada Lo (kiri depan) di hadapan ‘baruk’ di SK Sacred Heart, Kampung Semeba semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia