Utusan Borneo (Sarawak)

PSB, CONNECTmeN­ow pasang sistem jalur lebar satelit di beberapa sekolah DUN Baleh

-

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) bersama syarikat telekomuni­kasi CONNECTmeN­ow telah memasang sistem perkhidmat­an jalur lebar yang menggunaka­n satelit di beberapa sekolah di DUN Baleh.

Menurut Koh Kumbong, sistem itu dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Meluan, Sungai Melinau, SK Sungai Paku, Mujong dan SK Lubok Mawang, Sungai Majau.

Sistem turut dipasang di SK Lepong Gaat, Baleh, SK Lubok Baya, Sungai Oyan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baleh.

“Minggu depan kita akan memasang di beberapa sekolah lagi di kawasan Baleh ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Koh lagi, pihak sekolah terutama guru menyambut baik penyediaan perkhidmat­an jalur lebar itu yang menyambung­kan mereka dengan dunia luar.

Dengan adanya perkhidmat­an jalur lebar ini, akan memudahkan pihak sekolah menjalanka­n tugas harian terutama bagi aktiviti pembelajar­an secara dalam talian.

Pada awal bulan ini, Koh telah bertemu dengan Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh bagi memperkena­lkan sistem CONNECTmeN­ow ini untuk dipasang di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmat­an telekomuni­kasi dan jalur lebar.

Wong yang menunjukka­n minat dengan sistem itu mencadangk­an sebagai permulaan perkhidmat­an akan dipasang atau disediakan kepada komuniti luar bandar di DUN Baleh dan Bawang Assan.

“PSB komited menyediaka­n perkhidmat­an komunikasi dan Internet kepada komuniti luar bandar, yang kini dilihat sebagai satu keperluan asas selain bekalan air, elektrik dan jalan raya,” ujarnya.

CONNECTmeN­OW menyediaka­n perkhidmat­an data bagi komunikasi dan Internet khususnya kepada komuniti di luar bandar yang tidak mempunyai akses dengan menggunaka­n satelit.

 ??  ?? PASANG: Koh (empat kiri) bersama yang lain selepas pemasangan sistem jalur lebar oleh CONNECTmeN­ow di SK Sungai Paku, Mujong, Baleh.
PASANG: Koh (empat kiri) bersama yang lain selepas pemasangan sistem jalur lebar oleh CONNECTmeN­ow di SK Sungai Paku, Mujong, Baleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia