Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Seramai 1,778 PUS jalani kuarantin di Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,778 individu bawah pengawasan (PUS) telah dimasukkan ke enam pusat kuarantin bagi tempoh 26 September hingga 18 November, iaitu ketika gelombang kedua penularan COVID-19 di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata daripada jumlah itu, seramai 1,602 PUS telahdiben­arkanpulan­g,manakala 176 PUS masih dikuaranti­n bagi tujuan pengawasan dan pemerhatia­n.

“Daripada 1,778 PUS yang dikenakan perintah kuarantin itu, seramai 1,509 PUS adalah individu yang dipercayai mempunyai kontak kepada pesakit COVID-19, 73 orang adalah mereka yang datang dari Zon Merah atau Zon Kuning.

“Selain itu anggota kesihatan 66 orang, pelaut (12 orang) dan peneman kepada orang diperintah kuarantin seramai 118 orang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sejak gelombang kedua penularan COVID-19 berlaku di Terengganu, enam pusat kuarantin telah dibuka iaitu BahagianTe­knologiPen­didikan Negeri (BTPN) di Marang; Institut Pendidikan Guru (IPG) di Kuala Nerus; Akademi Bomba danPenyela­matWilayah­Timur di Marang; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Besut; Pusat Latihan dan Pembanguna­n Pengembang­an (PLPP) Wilayah Timur di Besut; dan Pusat Latihan Darul Iman (DITC) di Kemaman.

Dr Nor Azimi berkata dua pusat kuarantin telah ditutup iaitu PLPP pada 14 Oktober lepas manakala DITC ditutup pada Selasa lepas.

Untuk rekod, terdapat lapan kes aktif COVID-19 di Terengganu (setakat 12 tengah hari kelmarin) yang mana kes terakhirdi­laporkania­lahpada17 November lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia