Utusan Borneo (Sarawak)

RedONE tawar data tanpa had, pelan pascabayar terendah dengan telefon pintar percuma

-

KUCHING: Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Malaysia, redONE Network Sdn Bhd (redONE) baru sahaja melancarka­n pelan baharu yang menawarkan data tanpa had dan telefon pintar percuma kepada para pelanggan.

Menurut kenyataan redONE, pihaknya mahu memenuhi permintaan pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat terutama sekali dalam keadaan ekonomi masa kini dengan pelan serendah RM38 sebulan.

“Mengikuti permintaaa­n pasaran data tanpa had kini, redONE turut melancarka­n pelan Hybrid50U yang baharu pada harga hanya

RM50 sebulan. Pelan ini menawarkan data dan panggilan tanpa had serta data 10GB 4G LTE.

“Selain itu, pelan ini juga merupakan pelan mudah alih Hybrid kerana mempunyai semua kelebihan sebagai pelan pascabayar tanpa komitmen kontrak, sama seperti pelan prabayar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus semalam.

Dikenali kerana mempunyai pelan pascabayar terendah di pasaran pada RM8 sahaja, redONE kini juga menawarkan komitmen bulanan terendah dengan telefon pintar percuma.

Pelan Smart38 dilengkapi dengan telefon pintar Nokia C2 percuma berserta data 33GB dan panggilan tanpa had hanya pada RM38 sebulan.

Terdapat juga pelan lain di bawah siri Smart iaitu pelan Smart68X yang menawarkan 70GB data, panggilan tanpa had dan telefon pintar Nokia 2.4 percuma dengan hanya RM68 sebulan.

Pelanggan Smart68X juga boleh menaik taraf telefon ke Nokia 5.3 yang mempunyai spesifikas­i yang lebih tinggi dengan tambahan RM300 sahaja.

“Kami gembira menjadi antara syarikat telco yang menawarkan data tanpa had dan 10GB data berkelajua­n tinggi yang boleh dikongsi melalui hotspot,” tambahnya.

Pada masa yang sama, pelan Smart pula adalah usaha kami untuk membawa telefon dan pakej 4G yang berpatutan kepada para pengguna, terutamany­a memandangk­an rangkaian 3G di Malaysia akan ditutup secara beransur-ansur tahun hadapan.

Pelan Hybrid50U boleh didapati di semua cawangan dan pada rakan niaga redONE manakala pelan Smart pula boleh didapati di cawangan redONE dan rakan niaga terpilih sahaja. Untuk info lanjut, boleh layari redONE.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia