Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks Sukan Jasin bernilai RM10 juta bakal dibina tahun depan

-

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan membina sebuah Kompleks Sukan Jasin dengan kos bernilai RM10 juta yang dijangka bermula awal tahun depan, kata Exco Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohid­een.

Beliau berkata projek pembanguna­n fasiliti sukan di Jasin Bestari dekat sini itu melibatkan kawasan seluas 1.61 hektar menerusi peruntukan daripada Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan dengan tempoh pelaksanaa­n projek selama 12 bulan.

Katanya, kemudahan yang dibina di kompleks sukan berkenaan termasuk gelanggang futsal dan bola jaring, dewan tertutup menempatka­n dua gelanggang badminton, auditorium berkapasit­i 100 orang, asrama, pejabat pentadbira­n dan kafeteria.

“Kompleks sukan di daerah Jasin itu dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada awal tahun 2022 sekali gus bakal memenuhi kehendak masyarakat setempat, khususnya golongan belia untuk menikmati kemudahan beriadah dan bersukan dengan lebih selesa.

“Kerajaan negeri juga sentiasa memantau keadaan kemudahan sukan yang ada di negeri ini supaya semua fasiliti dapat diselengga­ra atau ditambah baik agar dapat dimanfaatk­an semua masyarakat,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Rafiq berkata terdapat dua kompleks sukan lain yang sedang dinaik taraf iaitu Kompleks Rakan Muda Alor Gajah di Alor Gajah dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka di Ayer Keroh.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sedang menganjurk­ankejohana­nsukan elektronik (e-sukan) PUBG Mobile Melaka 2020 secara dalam talian selama empat hari bermula kelmarin hingga Ahad ini.

Menurutbel­iau,penganjura­n e-sukan yang tidak memerlukan sebarang bayaran penyertaan itu bertujuan merancakka­n pengisian aktiviti untuk golongan belia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut.

“Penyertaan peserta pada kejohanan ini amat memberangs­angkan dengan 384 orang telah berdaftar untuk dua kategori iaitu solo dan skuad bagi merebut hadiah bernilai RM3,250. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAIK TARAF: Mohd Rafiq ketika melawat projek naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, di Ayer Keroh, Melaka, semalam.
— Gambar Bernama NAIK TARAF: Mohd Rafiq ketika melawat projek naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, di Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia