Utusan Borneo (Sarawak)

258,951.88 hektar kawasan tadahan air diwartakan: MB Pahang

-

KUANTAN: Jumlah kawasan yangdiwart­akansebaga­ikawasan tadahan air di Pahang setakat ini ialah seluas 258,951.88 hektar, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata aspek pemulihara­an hutan dan kawasan tadahan air menjadi keutamaan kerajaan negeri, khususnya dalam memastikan jumlah hutan di Pahang yang setakat ini, 57 peratus melebihi keluasan tanah di negeri terus berada di tahap tinggi.

“Namun, bagi mewartakan sesuatu kawasan ia bukan mengambil masa yang singkat, sebaliknya memerlukan kajian teliti... tetapi kerajaan akan memperting­katkan usaha menambah kawasan hutan simpan di Pahang dan terbaharu ialah kawasan Lubuk Yu, di Maran,” kata Wan Rosdy pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.

Wan Rosdy menjawab soalan Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PASTahan), yang ingin tahu jumlah kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­saPertania­n,Industri Asas Tani dan Bioteknolo­gi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak memaklumka­n, mereka yang memperoleh lesen pendudukan sementara (TOL) diPahangse­diamaklumb­ahawa, kelulusan itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa.

“Apabila TOL diluluskan, mereka diberitahu bahawa tiada binaan atau tanaman kekal yang dibenarkan di tanah tersebut, kerana kerajaan negeri berhak menamatkan TOL jika ada keperluan untuk mengambil semula tanah yang diberikan,” katanya.

Mohd Soffi berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Chow Yu Hui (PH-Tras) yang ingin tahu jika pampasan akan diberikan kepada beberapa pekebun durian Musang King, yang didakwa ditamatkan TOL bagi membina kilang pemprosesa­n durian di Tras, Raub kira-kira 170 kilometer dari sini.

Chowjugabe­rtanyajika­kilang yang dibangunka­n oleh Royal Pahang Durian ResourcesP­erbadananK­emajuanPer­tanian Pahang (RPDR-PKPP) melibatkan kawasan seluas 10.52 hektar, telah memperoleh kelulusanP­enilaianIm­pakAlam Sekitar (EIA) Jabatan Alam Sekitar (JAS). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia