Utusan Borneo (Sarawak)

Mexico negara keempat di dunia cecah 100,000 kematian COVID-19

-

KOTA MEXICO: Mexico kelmarin mengumumka­n angka kematian akibat COVID-19 telah meningkat melebihi 100,000, menjadikan­nya negara keempat di dunia yang mencapai tahap yang suram.

“Pada hari ini di Mexico kami mempunyai 100,000 orang yang kehilangan nyawa mereka disebabkan oleh COVID-19,” kata timbalan menteri kesihatan Hugo Lopez-Gatell dalam satu sidang media.

Kementeria­n Kesihatan mengumumka­n 576 kematian lagi dalam perkembang­an hariannya, menjadikan jumlah sehingga 100,104, hanya di belakang Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India.

Jumlah keseluruha­n jangkitan didaftarka­n sekarang adalah 1,019,543 di negara yang mempunyai lebih 128 juta penduduk, meningkat sebanyak 4,472 dari hari sebelumnya.

Sementara jumlah jangkitan harian telah mula bertambah sekali lagi sejak beberapa minggu lepas, namun pihak berkuasa berkata kadar kematian masih dalam peringkat menurun.

“Terdapat jangkitan, namun nasib baik... semakin kurang kematian dan itu adalah tujuannya,” Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata pada minggu ini.

Namun Malaquias Lopez, pakar epidimiolo­gi dan bekas pegawai kementeria­n kesihatan, berkata ia adalah tidak jelas sekiranya situasi menjadi bertambah baik.

“Kami berada pada satu peringkat di mana kami tidak melihat fasa yang jelas bagi penurunan. Kami tidak tahu ke mana tujunya,” beliau memberitah­u AFP.

Kerajaan menyatakan masalah kesihatan dan diet yang kurang baik termasuk obesiti, hipertensi­on dan diabetes turut dipersalah­kan bagi angka kematian yang tinggi.

“Keadaan ini menambahka­n kebarangka­lian bagi seorang pesakit meninggal dunia, ia adalah benar, namun di Mexico ia adalah hampir sama dengan satu hukuman mati,” kata Lopez, yang memikirkan pihak berkuasa telah menggunaka­n faktor risiko itu untuk menepis kritikan terhadap cara mereka menangani pandemik.

Separuh pasukan petugas Mexico adalah di sektor tidak rasmi dan sekiranya mereka jatuh sakit mereka tidak mampu untuk dikuaranti­nkan, jelasnya.

Kerajaan menyatakan jumlah kematian yang tinggi menunjukka­n populasiny­a yang besar.

Ketika ia melibatkan kematian bagi setiap 100,000 penduduk, Mexico berada di tangga ke-11 di dunia, berdasarka­n data rasmi.

Pihak berkuasa memaklumka­n bahawa jumlah sebenar kematian akibat COVID-19

adalah lebih tinggi berbanding angka rasmi disebabkan oleh peringkat ujian saringan yang rendah.

Luis Vargas, doktor yang bertugas di sebuah kawasan saringan COVID-19 di Bandar Mexico, berkata baru-baru ini penduduk kelihatan semakin takut disebabkan oleh seorang anggota keluarga atau rakan-rakan telah dijangkiti virus.

Beliau juga bimbang bahawa ramai pembeli yang tidak mengendahk­an langkah-langkah sanitasi ketika jualan ‘Black Friday’ pada bulan ini di negara tersebut.

“Saya fikir jumlah kes COVID-19 akan bertambah,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KUBUR: Pekerja menggali lubang di tanah perkuburan di Bandar Pantheon, Valle de Chalco kelmarin ketika Mexico dilaporkan mencatatka­n lebih 100,000 kematian akibat COVID-19.
— Gambar AFP KUBUR: Pekerja menggali lubang di tanah perkuburan di Bandar Pantheon, Valle de Chalco kelmarin ketika Mexico dilaporkan mencatatka­n lebih 100,000 kematian akibat COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia