Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan hak asasi Mesir dakwa anggota ketiga ditangkap

-

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir kelmarin menangkap pengarah eksekutif sebuah kumpulan hak asasi manusia terkenal, anggota ketiga yang ditahan dalam tempoh kurang dari seminggu di sebalik kritikan antarabang­sa.

Pasukan keselamata­n menahan Gasser Abdel-Razek di kediamanny­a di Maadi, selatan Kaherah, dan membawanya ke satu lokasi yang tidak diketahui, ciap Inisiatif Rakyat Mesir untuk Hak Peribadi (EIPR) di Twitter.

Ia tidak memberikan maklumat lanjut.

Pada Ahad lepas, pasukan keselamata­n menahan pengurus pejabat kumpulan tersebut, Mohammed Basheer, atas dakwaan termasuk menyertai sebuah kumpulan pengganas dan menyebarka­n berita palsu.

EIPR berkata Basheer telah disoal siasat oleh Pendakwaan Keselamata­n Agung Negara mengenai tugas organisasi dan satu kunjungan pada awal bulan ini ke pejabatnya di Kaherah oleh sekumpulan duta dan diplomat untuk membincang­kan hak asasi manusia.

Serta pada Rabu lepas, Karim Ennarah, pengarah kehakiman jenayah di EIPR, ditangkap ketika sedang bercuti di Dahab, Sinai Selatan.

Beliau juga telah dibawa olah anggota keselamata­n ke satu lokasi yang tidak dinyatakan, ciap kumpulan itu di Twitter.

Amerika Syarikat (AS), sekutu rapat Mesir, menyatakan ia berasa sangat bimbang dengan penahanan tersebut.

“AS percaya bahawa semua orang seharusnya bebas untuk menyuaraka­n kepercayaa­n mereka dan menyokong secara aman,” ciap biro pengurusan hak asasi manusia di Jabatan Negara di Twitter.

Basheer telah ditempatka­n dalam penahanan praperbica­raan selama 15 hari dan akan disoal siasat pada satu tarikh kemudian, kata EIPR.

Penahanan praperbica­raan boleh sehingga dua tahun di bawah undang-undang Mesir, namun tempoh itu sering kali dilanjutka­n.

Kumpulan hak asasi menganggar­kan 60,000 banduan di Mesir adalah tahanan politik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia