Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rakyat Kanada ditahan di China bertemu duta di alam maya

-

BEIJING: Duta Kanada ke China telah dibenarkan untuk bercakap di alam maya dengan dua rakyat Kanada yang ditahan atas tuduhan mengintip.

Ia merupakan kontak kedua sebegini bagi mereka, yang tidak pernah bertemu dengan seorang diplomat sejak lawatan ditolak pada Januari disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Hubungan antara Beijing dan Ottawa menjadi tegang sejak penahanan bekas diplomat Michael Kovrig dan ahli perniagaan Michael Spavor hampir dua tahun lepas.

Perkhidmat­an keselamata­n China memberkas mereka beberapa hari selepas penahanan eksekutif Huawei Meng Wanzhou di Vancouver di atas waran Amerika Syarikat (AS), dalam apa yang dilihat sebagai satu tindakan balas.

Kementeria­n hal-ehwal luar negara Kanada berkata Dominic Barton, duta Kanada ke China, diberikan akses konsular maya kepada Spavor pada 10 November dan Kovrig pada 19 November.

“Kerajaan Kanada masih berasa sangat bimbang dengan penahanan sewenangwe­nangnya oleh pihak berkuasa China terhadap dua rakyat Kanada ini sejak Disember 2018 dan terus menyeru untuk pembebasan mereka dengan segera,” menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin.

Pihak kementeria­n berkata pihak berkuasa terus memberikan perkhidmat­an konsular kepada mereka dan keluarga mereka.

Lawatan telah sering dilakukan bagi kedua-dua mereka pada tahun lepas, namun dihentikan selepas Januari. China kemudian menyatakan semua lawatan konsular ditangguhk­an untuk membendung penyebaran COVID-19.

Selepas akses konsular pada Oktober, isteri Kovrig, Vina Nadjibulla memberitah­u media Kanada bahawa suaminya berasa sangat lega kerana menerima berita dari dunia luar dan terkejut apabila mengetahui tentang skala pandemik COVID-19.

China telah memberikan respons kepada aduan Kanada mengenai layanan terhadap kedua-dua mereka dengan tuduhan “dua standard”.

“Apa yang Kanada telah lakukan kepada Meng Wanzhou adalah penahanan sewenang-wenangnya,” kata jurucakap kementeria­n Zhao Lijian pada bulan lepas.

Meng, yang merupakan ketua pegawai kewangan Huawei, didakwa dengan penipuan perbankan dikaitkan dengan pelanggara­n sekatan AS terhadap Iran, dan telah menentang ekstradisi ke AS sejak itu.

Meng menetap di Vancouver sementara dia dibebaskan dengan ikat jamin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia