Utusan Borneo (Sarawak)

Mani tampil dengan single pertama ‘Suratan Elum’ selepas 40 tahun

- Oleh Siti Aisyah Naruddin

BERPELUANG merakamkan lagu nyanyian sendiri adalah impian setiap penyanyi. Apatah lagi jika penyanyi itu pernah menjuarai puluhan pertanding­an nyanyian, bukan sekadar di peringkat kampung atau daerah, tetapi di peringkat negeri Sabah.

Penyanyi yang pernah tampil di industri seni suara negeri Sabah sejak berumur 15 tahun ini bagaimanap­un tidak menggunaka­n nama sebenar atau nama timangan keluarga di kampung.

Pernah tampil menggunaka­n nama seperti Lancaster Carol

Boy, beginilah cara Mani menampilka­n dirinya agar berbeza daripada peserta lain dalam setiap pertanding­an.

Pemilik nama sebenar Selamat

Amat @

Mani, 58, berasal dari Kampung Kibagu Kota Kinabalu pernah menjadi residen artis di RTM sekitar tahun 90-an.

Pada waktu itu, beliau di bawah jagaan penerbit dikenali sebagai Jumal untuk mengisi beberapa slot rancangan hiburan radio dan televisyen.

Kini beliau tampil dengan single pertama bertajuk ‘Suratan Elum’ yang diterbitka­n oleh Den Bisa di bawah label baharu Sabah Music milik Foliage Studio Sdn Bhd.

Lagu ciptaan Den Bisa dan lirik oleh Jomo ini adalah genre lagu asli dan muzik video lirik yang dilancarka­n menerusi saluran Youtube kini mencecah sebanyak 1,500 tontonan.

Menurutnya, lagu berkenaan baharu sahaja dihantar untuk penilaian ke Unit Rancangan Radio dan Khutubkhan­a

RMKK RTM dan selepas diluluskan para pendengar boleh menikmati alunan lenggok asli suara Mani kelak.

“Saya sangat berharap lagu ini akan menambah koleksi lagu-lagu suku Bajau Samah dan dapat menghiburk­an pendengar.

“Ini adalah penghargaa­n yang tidak terhingga bagi mengabadik­an kenangan pernah berkecimpu­ng dalam industri ini sejak 40 tahun lalu,” katanya bagi mengulas penerbitan lagu berkenaan.

Beliau turut menganggap Den Bisa tahu seleranya dalam memilih lagu yang sesuai dengan dirinya. Selain itu katanya, susunan muzik oleh Jasnie Mohd Yakub turut memberikan sentuhan terbaik untuk lagu ‘Suratan Elum’.

“Saya merakamkan terima kasih kepada Johar Wid dari Foliage Studio Sdn Bhd selaku penerbit eksekutif dan pengarah video klip lagu ini.

“Begitu juga kepada pengurus saya Andy @ Mahtni Jawan yang bersama saya sejak mula berkecimpu­ng dalam bidang nyanyian hingga lahirnya lagu ini.

“Penghargaa­n tidak terhingga buat ahli keluarga tersayang dan semua peminat yang pernah bersama saya sejak dulu. Ini adalah hadiah saya buat semua,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya masih dalam proses suntingan akhir untuk video klip Suratan Elum dan akan memaklumka­n perkembang­an terkini berkenaan pelancaran video klip itu nanti serta rakaman lagu keduanya.

 ??  ?? MANI
MANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia