Utusan Borneo (Sarawak)

Mior Faridalath­rash Ketua Polis Perak yang baharu

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Siasatan/Perundanga­n Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mior Faridalath­rash Wahid antara sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa, pada 21 Disember depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan memaklumka­n Mior Faridalath­rash dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Pertukaran lain antaranya melibatkan Ketua Cawangan Khas Perak Datuk Mazlan Santarai dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat

Deputi Komisioner Polis (DCP).

Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancanga­n Strategik) JPJKK Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk S. Sasikala Devi dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman.

Pertukaran lain turut menyaksika­n Penolong Pengarah E2, Cawangan

Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner (SAC) Shazeli Kahar dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Perak.

Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasata­n dan Pendakwaan, Maktab PDRM SAC R. Munusamy dilantik sebagai SAC Bahagian Pentadbira­n Maktab PDRM.

Asmawati berkata Pegawai Turus E1B5, Cawangan Khas Bukit Aman ACP Mohamad Mashdik Yahya dilantik sebagai Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran lain turut melibatkan Asisten Komisioner (ACP) Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Selangor, ACP Mohammad Abd Hamid dilantik sebagai Ketua Pusat

Pengajian Sains Penyiasata­n dan Pendakwaan, Maktab PDRM dengan memangku pangkat SAC.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah ACP Mohd Zaki Ashar dilantik sebagai Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon 1, JSJN Bukit Aman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Ketua Bahagian Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Perak antara Datuk Goh Boon Keng (kiri) kepada Datuk Mazlan Santarai (kanan) di Mes Pegawai Kanan Polis Perak semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Ketua Bahagian Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Perak antara Datuk Goh Boon Keng (kiri) kepada Datuk Mazlan Santarai (kanan) di Mes Pegawai Kanan Polis Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia