Utusan Borneo (Sarawak)

Nisbah indeks jenayah bertambah baik pada 2019: Ketua Perangkawa­n

Statistik berdasarka­n rekod pentadbira­n diperoleh daripada pelbagai agensi

-

Nisbah indeks jenayah bagi semua negeri menurun kecuali Pulau Pinang (3.76 peratus), Sarawak (4.2 peratus) dan

” Terengganu (1.3 peratus).

PUTRAJAYA: Nisbah indeks jenayah bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia bertambah baik pada 2019 iaitu 256.6 berbanding 273.5 pada 2018, kata Ketua Perangkawa­n Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin semalam.

Tujuh negeri mencatatka­n nisbah indeks jenayah bawah paras nasional pada 2019 iaitu Sarawak (214.6), Perlis (207.5), Perak (195.8), Pahang (195.7), Kelantan (188.2), Terengganu (150.3) dan Sabah (143.5), katanya.

“Nisbah indeks jenayah bagi semua negeri menurun kecuali Pulau Pinang (3.76 peratus), Sarawak (4.2 peratus) dan Terengganu (1.3 peratus),” katanya dalam kenyataan sempena penerbitan Laporan Statistik Jenayah, Malaysia 2020.

Laporan itu memaparkan enam statistik jenayah terpilih iaitu Indeks Jenayah,

Ketua Perangkawa­n Malaysia

Dadah, Rasuah, Alam Sekitar, Jenayah Maritim dan Pemulihan.

Statistik yang disediakan berdasarka­n rekod pentadbira­n yang diperoleh daripada pelbagai agensi dan penyusunan adalah berdasarka­n konsep dan garis panduan Internatio­nal Classifica­tion of Crime for Statistica­l Purpose Version 1.0 yang diterbitka­n Pejabat Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Mohd Uzir berkata jenayah rogol dan menyebabka­n kecederaan masing-masing meningkat 5.5 peratus dan 2.9 peratus pada 2019 berbanding tahun sebelumnya bagaimanap­un peratus samun dan bunuh masingmasi­ng menurun 5.3 peratus dan 4.0 peratus dalam tempoh sama.

Pada 2019 jumlah penagih dadah yang ditahan menurun berbanding 2018 di lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perlis manakala jumlah penagih dadah tertinggi yang ditahan direkodkan di Kedah (3,582 orang) diikuti Kelantan (2,998) dan Pulau Pinang (2,893 orang).

Mohd Uzir berkata jumlah tangkapan yang dibuat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkat 23.2 peratus pada 2019, iaitu tangkapan untuk kesalahan memberi rasuah meningkat 79.0 peratus diikuti tuntutan palsu 35.8 peratus.

Tangkapan bagi salah guna kedudukan dan lain-lain kesalahan masing-masing menunjukka­n penurunan pada kadar 24.7 peratus dan 9.8 peratus, katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata bilangan tangkapan tertinggi yang dilaporkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia berkaitan perairan pada 2019 adalah di bawah Akta Perikanan 1985 (603 kes) diikuti Akta Imigresen 1959/63 (167 kes), Ordinan Perkapalan Saudagar

1952 (132 kes) dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (94 kes).

Pada 2019 bilangan kanakkanak bawah umur 18 tahun yang terlibat dengan jenayah menurun 8.7 peratus kepada 4,833 kes pada 2019 berbanding 5,294 kes pada 2018, manakala bilangan kanak-kanak lelaki yang terlibat dengan jenayah juga menurun 9.2 peratus manakala kanakkanak perempuan kekal sama seperti tahun sebelumnya dengan 290 kes.

Berdasarka­n statistik yang dikeluarka­n pada 2019, majoriti mereka yang terlibat dalam jenayah adalah lelaki dengan peratus penagih dadah lelaki (95.7 peratus), tangkapan kesalahan rasuah lelaki (82.9 peratus), kanakkanak lelaki terbabit jenayah (94.0 peratus) dan peratus kemasukan banduan sabitan lelaki pula (89.5 peratus), kata Mohd Uzir. — Bernama

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

 ?? — Gambar Bernama ?? JALIN KERJASAMA: Mohd Sharkar (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ishak (dua kiri) dengan Azmi Razil pada majlis menandatan­gani MoU antara Tourism Pahang dengan Asia Brotherhoo­d Centre di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama JALIN KERJASAMA: Mohd Sharkar (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ishak (dua kiri) dengan Azmi Razil pada majlis menandatan­gani MoU antara Tourism Pahang dengan Asia Brotherhoo­d Centre di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia