Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2021 beri sinar harapan pada industri pelanconga­n negara

-

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 jelas memberi implikasi buruk terhadap sektor pelanconga­n hingga menyaksika­n industri itu semakin hari semakin tenat, justeru Belanjawan 2021 yang dibentangk­an barubaru ini diharap memberi sinar baharu kepada rantaian ekonomi sektor itu.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC) Sherene Azli, Belanjawan 2021 yang memperuntu­kkan RM35 juta kepada majlis itu bagi meningkatk­an daya saing industri pelanconga­n kesihatan tempatan, akan dapat membantu memastikan kedudukan negara sebagai destinasi utama tidak terjejas, selain menjadi pemangkin untuk memulihkan industri tersebut.

Mengambil kira situasi semasa di negara pesaing di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Taiwan yang masih aktif dalam mempromosi­kan destinasi mereka, Malaysia akan ketinggala­n sekiranya tiada tindakan dan inisiatif dilaksanak­an sepanjang 2021 semasa tempoh pemulihan ekonomi.

“Risikonya adalah pesakit dan pelancong kesihatan akan memilih negara lain apabila situasi pulih kembali pasca COVID-19,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau berkata pandemik COVID-19 menyebabka­n hasil pendapatan yang dijana berkuranga­n sehingga 70 ke 75 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lepas dan menyebabka­n kerugian pendapatan sehingga RM1 bilion kepada industri pelanconga­n kesihatan dan hingga RM4 bilion kepada ekonomi.

“Sekiranya proses pemulihan industri dilewatkan, impak negatif kesan pandemik ini akan berterusan sehingga 2028 ke 2030,” katanya.

Sherene berkata sektor pelanconga­n kesihatan sememangny­a dikenal pasti sebagai segmen pelanconga­n yang bernilai tambah dan menyumbang lebih lapan peratus kepada hasil yang dijana oleh sektor pelanconga­n negara tahun lalu iaitu sebanyak RM7 bilion kepada ekonomi.

“Sektor pelanconga­n kesihatan juga memberi kesan limpahan kepada sektor lain seperti sektor pelanconga­n, perhotelan, hospitalit­i, runcit dan pengangkut­an...ia memberi impak sampingan dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan terutamany­a bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Jika faktor ini diambil kira sektor ini dapat akan menjadi pemangkin dalam membantu memulihkan sektor pelanconga­n negara kita dan juga ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Belanjawan 2021 turut menyaksika­n sejumlah RM20 juta juga diperuntuk­kan bagi menambah baik infrastruk­tur dan mempergiat promosi Kampung-Kampung Budaya di Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Pengarah Jabatan Pelanconga­n Terengganu Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata peruntukan itu merupakan satu talian hayat dalam perancanga­n kerajaan negeri untuk memperkasa­kan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang akan dijalankan di Kampung Budaya Terengganu.

“Penggiat kebudayaan turut mengharapk­an agar peruntukan yang diumumkan itu dapat membantu menambah pendapatan mereka yang sangat suram ekoran ketiadaan aktiviti berikutan wabak tersebut.

“Oleh itu, besar harapan kami agar belanjawan ini dapat diluluskan agar ia mampu memberi kelangsung­an terhadap aktiviti kesenian dan kebudayaan sekali gus menyemarak­kan kembali industri pelanconga­n domestik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia