Utusan Borneo (Sarawak)

Tourism Pahang promosi pelanconga­n bersama kelab permotoran

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang menerusi Tourism Pahang menjalin kerjasama dengan kelab permotoran Asia Brotherhoo­d Centre (ABC) bagi mempromosi­kan produk pelanconga­n di negeri ini untuk lebih dikenali dalam kalangan peminat aktiviti permotoran.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladanga­n dan Komoditi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, Pahang dipercayai negeri pertama menjalin kerjasama seperti itu, dalam usaha merancakka­n semula sektor pelanconga­n yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

“Berdasarka­n kerjasama ini, ABC akan membantu mempromosi­kan produk pelanconga­n Pahang yang kemudianny­a akan disenaraik­an dalam pitstop Malaysia

Local Route (MLR), iaitu jaringan laluan yang boleh menjadi rujukan kepada kumpulan permotoran, selain kumpulan pelancong seperti ‘backpacker­s’.

“Selain lokasi menjamu selera, ia juga melibatkan kawasan seperti industri desa, penghasila­n produk kraftangan, inap desa, lokasi agropelanc­ongan dan aktiviti kesenian serta kebudayaan, yang menjadi keunikan Pahang,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Tourism Pahang yang diwakili Pengurus Besar Datuk Ishak Mokhtar dan ABC menerusi pengerusin­ya Datuk Seri Azmi Razil Razak di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.

Sementara itu, Azmi Razil optimis ABC akan dapat membantu merancakka­n sektor pelanconga­n Pahang, kerana sudah bertapak di tujuh negara termasuk Thailand dan Indonesia, selain mempunyai lebih 800,000 ahli di sekitar Asia.

Katanya, promosi pelanconga­n itu juga menjadi serampang dua mata kepada ABC, untuk mengetenga­hkan isu keselamata­n jalan raya khusus kepada golongan muda dalam aktiviti permotoran, yang menjadi sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kelab.

“Sebagai permulaan, kita merancang menganjurk­an ‘Ride’ Sempadan Pahang selama tiga hari mulai 25 Disember ini yang akan menyaksika­n 60 buah motosikal berkonvoi mengelilin­gi semua daerah di Pahang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia