Utusan Borneo (Sarawak)

Kerang terdampar: Pantai Pandak Chendering jadi tumpuan

-

KUALA TERENGGANU: Rezeki musim tengkujuh! Fenomena kerang terdampar yang sangat sinonim setiap kali musim tengkujuh tiba sentiasa dinanti-nantikan penduduk di Terengganu dan kali ini, Pantai Pandak dekat Chendering pula menjadi tumpuan ramai.

Tinjauan Bernama di pantai itu mendapati orang ramai menggunaka­n pelbagai alat untuk mencari kerang antaranya menggunaka­n penutup kipas, besen dan penapis agar tidak pulang dengan tangan kosong.

Seorang pengawal keselamata­n, Mohd Rahman Mat Shafee, 35, berkata beliau berjaya memperoleh sebanyak 50 kilogram kerang hasil pencarian selama empat jam dan jumlah itu adalah tangkapan terbanyak setakat ini.

“Biasanya kerang ini saya beri kepada keluarga dan jiran terdekat untuk dijadikan pelbagai juadah. Saya cari untuk tujuan suka-suka sahaja, namun kalau ada pengunjung yang hendak membeli, saya menjualnya dengan harga RM10 untuk satu kilogram.

“Kerang terdampar ni memang perkara biasa di Terengganu dan lokasinya juga tidak menentu...dulu pernah ada di Pantai Rusila, Marang dan Pantai Seberang Takir. Kalau jumlahnya banyak memang saya akan pergi juga sebab kerang ini sangat sedap, isinya pejal maklumlah kerang segar, tidak sama seperti yang dijual di pasar,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Difahamkan, kerang mula ‘membanjiri’ Pantai Pandak sejak tiga hari lepas dan ada pengunjung yang datang seawal 8 pagi untuk mencari kerang malah ia berterusan hingga lewat petang sekiranya cuaca agak baik.

Bagi pesara kerajaan, Alias Aki, 65, beliau mahu merasai sendiri pengalaman mencari kerang pada musim tengkujuh kali ini kerana tidak pernah berkesempa­tan melakukann­ya sebelum ini.

“Dulu, saya hanya tengok ‘kemeriahan’ mencari kerang ini di media sosial sahaja kerana tiada masa sesuai hendak pergi. Alhamdulil­lah hari ini (semalam), ada masa terluang datang ke sini bersama isteri Asmida Abdullah, 38, dan anak Aleesya Adriana, 11.

“Memang seronoklah sebab setiap kali kaut penutup kipas ke dasar, mesti akan dapat kerang,” katanya yang mencari tempat agak jauh dari pengunjung lain bagi mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan kerajaan sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik ketika dihubungi Bernama berkata aktiviti mencari kerang boleh dilakukan, namun orang awam dinasihatk­an untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Anggota polis dengan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta RELA akan terus memantau kegiatan tersebut. Selain itu, mereka mesti utamakan keselamata­n sepanjang mencari kerang kerana kami tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REZEKI: Alias menggunaka­n penutup kipas sebagai alat mencari kerang di Pantai Pandak, Chendering di Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama REZEKI: Alias menggunaka­n penutup kipas sebagai alat mencari kerang di Pantai Pandak, Chendering di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia