Utusan Borneo (Sarawak)

‘Macau Scam’, judi: Polis terlibat bakal digantung tugas, tamat perkhidmat­an

Rakaman percakapan, pengumpula­n bukti babitan 24 pegawai, anggota masih dijalankan

-

Sekiranya di akhir perbicaraa­n mereka disabitkan bersalah, tindakan gantung (tugas) akan dilaksana sebelum diikuti dengan langkah seterusnya iaitu

” ditamatkan perkhidmat­an.

Datuk Zamri Yahya

Pengarah JIPS Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota polis terlibat secara langsung dengan individu yang ditahan berkaitan sindiket judi dalam talian dan ‘Macau Scam’, bakal berdepan digantung tugas selain ditamatkan perkhidmat­an jika pembabitan mereka dibuktikan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata proses rakaman percakapan dan pengumpula­n bukti berhubung penglibata­n 24 pegawai dan anggota seperti didakwa, masih dijalankan.

“Siasatan masih berjalan, namun setelah selesai siasatan pihak JIPS akan mengesyor

kan kepada pihak tatatertib, untuk mereka dikenakan hukuman setimpal.

“Ia termasuk digantung tugas bagi melalui proses perbicaraa­n atau dibuang kerja, sekiranya terdapat bukti jelas berhubung penglibata­n mendalam mereka dengan sindiket itu,” katanya kepada

Bernama.

Menurut Zamri, kesemua mereka sehingga kini masih menjalanka­n tugas seperti biasa, dengan sebahagian besarnya telah ditukarkan ke unit lain termasuk pentadbira­n.

Zamri berkata penggantun­gan tugas akan dibuat melibatkan pegawai dan anggota polis yang dituduh di mahkamah, berhubung tuduhan jenayah itu.

“Kesemua mereka akan digantung tugas daripada tarikh mereka mula dituduh sehingga selesai perbicaraa­n di mahkamah.

“Sekiranya di akhir perbicaraa­n mereka disabitkan bersalah, tindakan gantung (tugas) akan dilaksana sebelum diikuti dengan langkah seterusnya iaitu ditamatkan perkhidmat­an,” katanya.

Menurut Zamri, perkara sebaliknya berlaku sekiranya mereka yang didakwa itu didapati tidak bersalah

“Jika diputuskan tidak bersalah, mereka akan diambil bekerja semula maka tempoh penggantun­gan tugas adalah bergantung kepada selama mana tempoh perbicaraa­n itu,” katanya.

Isnin lepas, Bernama melaporkan pegawai kanan PDRM adalah antara yang diambil tindakan, berikutan disyaki mempunyai kaitan dengan individu yang ditahan bagi membantu siasatan sindiket berkenaan, yang turut menyaksika­n rombakan besar-besaran dalam pasukan PDRM, melibatkan lebih 20 anggota, pegawai dan pegawai kanan pasukan keselamata­n itu, ditukarkan.

Susulan itu, pada Selasa, Bernama melaporkan penyandang jawatan sensitif dalam perkhidmat­an PDRM akan digilirkan dengan lebih kerap pada masa hadapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia