Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD: Tiada penduduk di Taman Meru 2C cuba larikan diri

-

IPOH: Seramai 2,168 penduduk di sekitar Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) selama 14 hari bermula semalam, memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mereka juga mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan dengan melakukan ujian calitan saringan COVID-19 sejak Ahad lepas.

Beliauberk­atasusulan­PKPD itu, pihaknya melaksanak­an empat sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal pergerakan penduduk iaitu di Persiaran Taman Meru 28, Persiaran Taman Meru 30 dan Persiaran Taman Meru 1, yang merupakan jalan utama ke Zon C.

“Selain sekatan jalan raya, pihak polis menggerakk­an unit kereta peronda polis (MPV) dan kawalan rondaan berjalan kaki di kedua-dua lokaliti yang melibatkan 572 buah rumah,” katanya pada sidang media selepas meninjau kawasan terbabit di sini semalam.

A.Asmadi berkata sejumlah 162 anggota beruniform ditugaskan secara bergilirgi­lir membabitka­n Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Beliau berkata selain itu, anggota Kawasan Rukun Tetangga bersama seorang penduduk di setiap lorong kawasan perumahan tersebut bertindak sebagai mata dan telinga pihak polis dalam melakukan pemantauan.

“Kita tidak akan membenarka­n mana-mana penduduk keluar dari kawasan PKPD kecuali kes-kes kecemasan dengan kebenaran yang akan saya berikan.

“Beri kerjasama, duduk di rumah, jangan keluar sesuka hati,” katanya.

Sehingga 16 Nov lepas, sebanyak 938 ujian saringan dilaksanak­an di kawasan terbabit dan 76 kes positif COVID-19 telah dikesan. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia