Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat: COVID-19 tumpuan perbahasan ahli parlimen minggu ketiga

-

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang masih melanda negara mengubah tema dan tumpuan ahli parlimen dalam mengutarak­an pandangan masing-masing ketika menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada sepanjang minggu ketiga.

Simpati dan empati terhadap kebajikan dan kepentinga­n rakyat dalam mengharung­i pendemik itu disentuh hampir dalam setiap topik perbahasan ahli parlimen sama ada aspek keselamata­n negara, peluang pekerjaan, pendidikan, kos sara hidup, pembanguna­n projek mega mahupun dalam isu menaik taraf infrastruk­tur Internet.

Walaupun ada yang menyokong belanjawan itu diluluskan dan ada juga yang memberikan sokongan bersyarat, namun kebanyakan ahli parlimen yang mengambil bahagian, baik daripada blok kerajaan mahu pun pembangkan­g, senada dalam menyuaraka­n penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah bagi menangani wabak COVID-19.

Kebanyakan mereka sepakat mencadangk­an agar elaun khas turut diberi kepada petugas bukan kesihatan yang juga merupakan petugas barisan hadapan seperti pasukan keselamata­n.

Malah, seorang ahli parlimen mencadangk­an supaya gaji Perdana Menteri, barisan kabinet dan timbalan menteri, selain ahli-ahli parlimen dipotong untuk disalur kepada Tabung COVID-19.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) ketika mengutarak­an cadangan itu turut mengesyork­an supaya elaun dan yuran ahli parlimen yang menjadi pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dikurangka­n sebanyak 50 peratus dan disalurkan kepada tabung sama sebagai inisiatif tanggungja­wab sosial korporat.

Turut menjadi tumpuan perbahasan minggu ketiga ialah isu pendidikan yang berkisar terhadap isu pengajaran dan pembelajar­an secara dalam talian apabila sekolahsek­olah terpaksa ditutup sehingga tahun depan berikutan gelombang ketiga COVID-19 yang menyaksika­n peningkat kes wabak itu.

Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) dan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) berkata ekoran kebanyakan pembelajar­an kini diadakan dari rumah, maka penggunaan teknologi dan capaian Internet yang maksimum amat diperlukan dan kerajaan harus memberi perhatian serius isu ini.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) pula menyuaraka­n persoalan mengenai pendekatan kerajaan dalam mengatasi jurang digital memandangk­an hampir 1.7 juta pelajar di bawah Kementeria­n Pendidikan (KPM) tidak memiliki peranti sendiri.

Dalam membahaska­n isu pendidikan juga, Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) mencadangk­an agar kerajaan meneruskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam tempoh penutupan sekolah bagi memastikan muridmurid daripada keluarga miskin dan Orang Kurang Upaya, berterusan menerima makanan berkhasiat.

Masih berkisar dengan pandemik itu, minggu ketiga Dewan Rakyat kali ini turut dimaklumka­n perkembang­an terkini usaha kerajaan untuk mendapatka­n vaksin COVID-19.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin­m kerajaan sedang memuktamad­kan tarikh bagi menandatan­gani perjanjian ‘Optional Purchase

Arrangemen­t’ bagi menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 vaccine global access (COVAX), yang bakal memberi jaminan bekalan vaksin untuk 10 peratus populasi negara ini.

Sesi ini turut menyaksika­n pembentang­an Laporan Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengenai transaksi penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang antara lain mendedahka­n sebanyak 97 transaksi dari tahun 2011 tidak merujuk kepada sebarang Prosedur Operasi Standard.

Permulaan hari pertama minggu ini juga dikejutkan dengan berita kematian Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia di Raub, Pahang kerana sakit jantung.

Seramai 82 ahli parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan peringkat dasar rang undang-undang itu yang berakhir kelmarin, sebelum sesi penggulung­an dijadual bermula Isnin (23 November) dengan sesi undian belah bahagian pula pada Khamis.

Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov dan ahli-ahli parlimen mula membahaska­nnya pada 9 Nov. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia