Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa banjir di Melaka meningkat 242 tengah hari semalam

-

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah meningkat kepada 242 orang daripada 59 keluarga tengah hari semalam, berikutan hujan lebat sejak jam 5 petang sehingga 9 malam kelmarin, yang menyebabka­n beberapa kawasan rendah dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Jasin iaitu terbaru, dibuka pada jam 8 pagi semalam iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel menempatka­n 115 mangsa daripada 26 keluarga.

“Satu lagi PPS di Jasin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum menempatka­n 73 mangsa daripada 20 keluarga, manakala PPS SK Tedong telah ditutup pada 9 pagi semalam dan 11 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagi daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatka­n 54 mangsa daripada 13 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata lapan kawasan di daerah Jasin terjejas iaitu Taman Merlimau Mekar, Taman Merlimau Megah, Kilang Berapi, hadapan SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’Kub, Pekan Tedong, Paya Lengkong, Seri Mendapat dan Tehel, manakala hanya dua kawasan di daerah Alor Gajah iaitu Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.

Katanya bagaimanap­un, dua jalan raya yang ditutup kerana ditenggela­mi air iaitu Jalan Lipat Kajang- Merlimau di Jasin dan Jalan Durian Tunggal-Simpang Gading di Alor Gajah telah dibuka laluannya kepada orang ramai, setakat 12 tengah hari semalam.

Effendy, yang juga Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana negeri turut memaklumka­n keadaan cuaca semakin cerah dan paras semasa air sungai di Sungai Chohong, Sungai Melaka dan Sungai Duyong sehingga kini belum mencapai paras amaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERKAWAL: Effendy (tengah) ketika memantau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, dekat Jasin, semalam.
— Gambar Bernama TERKAWAL: Effendy (tengah) ketika memantau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, dekat Jasin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia