Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran kerjaya baharu

Rooney ikut jejak rakan ceburi bidang pengurusan

-

LONDON: Wayne Rooney berkata dia bersedia untuk mengalas tugas pertamanya dalam bidang pengurusan bersama kelab bermasalah dalam Liga Kejuaraan, Derby, apabila bekas bintang Manchester United itu bersiap sedia untuk menjadi anggota barisan kejurulati­han sementara dalam perlawanan menentang Bristol City pada malam ini (Sabtu).

Derby telah melantik kuartet kejurulati­han sementara yang terdiri daripada Rooney, Liam Rosenior, Justin Walker dan Shay Given ekoran pemecatan Phillip Cocu.

Selepas dia melihat dua rakan lamanya dalam pasukan England, Steven Gerrard dan Frank Lampard menceburi bidang pengurusan, Rooney ingin sekali mengikuti jejak langkah mereka sejak dia kembali ke bola sepak Inggeris bersama Derby.

Lampard menggalas tugas di Derby selama semusim sebelum dia mengambil alih

tugas di Chelsea dan Rooney telah menunjukka­n minatnya dengan peluang untuk menyelamat­kan pasukan The Rams daripada relegasi.

“Saya telah menjelaska­n cita-cita saya sejak beberapa tahun lepas untuk menceburi bidang pengurusan, terutamany­a selepas rakan seperti Steven Gerrard, Frank Lampard dan Scott Parker mendapat tugas yang baik dan amat berjaya,” kata Rooney.

“Saya bukan seseorang yang bercita-cita tinggi jika saya katakan saya tidak mahukan jawatan itu.”

Derby sedang menunggu pengambila­lihan oleh Sheikh Khaled bin Zayed Al-Nahyan – sepupu kepada pemilik Manchester City Sheikh Mansour – sebelum mereka mengambil langkah seterusnya, dengan Rooney dan jurulatih lain mengadakan panggilan video pengenalan bersama pemilik baharu pada minggu ini.

Rooney masih seorang pemain dan jurulatih tetapi cita-cita pemain berusia 35 tahun itu untuk mengurus membayangk­an zamannya sebagai pemain mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

“Sementara saya dalam kedudukan ini, saya akan memberikan diri saya kontrak baharu selama tiga tahun!” katanya sambil bergurau.

“Saya tahu saya dalam senja karier saya. Kita perlu tunggu dan lihat apa yang berlaku nanti.” — AFP

Saya bukan seseorang yang bercita-cita tinggi jika saya katakan saya tidak mahukan jawatan

” itu.

Wayne Rooney

Jurulatih sementara Derby County

 ?? — Gambar AFP ?? SEDIA: Gambar fail 2019 ini menunjukka­n Rooney (kanan) berjabat tangan dengan pengurus Derby, Phillip Cocu semasa sidang media mengenai persetujua­n Rooney untuk menjadi pemain-jurulatih di Stadium Pride Park di Derby.
— Gambar AFP SEDIA: Gambar fail 2019 ini menunjukka­n Rooney (kanan) berjabat tangan dengan pengurus Derby, Phillip Cocu semasa sidang media mengenai persetujua­n Rooney untuk menjadi pemain-jurulatih di Stadium Pride Park di Derby.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia