Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli sasar kejuaraan liga pertama sejak 1990

-

MILAN: Napoli bimbingan Gennaro Gattuso berdepan dengan ujian awal bagi citacita mereka untuk memenangi kejuaraan dalam perlawanan menentang pendahulu liga AC Milan yang diwakili Zlatan Ibrahimovi­c esok (Ahad) dalam pertemuan di antara dua bekas rakan sepasukan yang memburu kejuaraan Scudetto.

Ibrahimovi­c, 39, dan Gattuso, 42 tahun, bermain bersama di AC Milan ketika kelab itu memenangi kejuaraan terakhir daripada 18 kejuaraan Serie A mereka pada 2011.

Sejak itu Juventus mendominas­i liga di Itali dan memburu kejuaraan liga ke10 berturut-turut.

Milan menduduki tempat teratas dalam Serie A selepas tujuh pusingan dengan kelebihan dua mata ke atas Sassuolo di tempat kedua, manakala Napoli berada satu mata lagi di belakang di tempat ketiga.

Juventus menduduki tempat kelima, empat mata di belakang pendahulu, selepas permulaan yang tidak menentu di bawah jurulatih baharu Andrea Pirlo.

“Saya tidak suka mendengar cakap-cakap tentang kejuaraan Scudetto,” kata Gattuso, jurulatih Napoli, dan menggesa para pemainnya untuk “bertenang” sementara mereka menyasari kejuaraan liga pertama sejak 1990.

Gattuso, bekas pemenang Piala Dunia, menjadi pemain selama 13 tahun bersama AC

Milan, selain melatih kelab itu antara 2017 hingga 2019.

AC Milan bertandang tanpa ketua jurulatih Stefano Pioli dan penolongny­a Giacomo Murelli, selepas kedua-duanya dijangkiti koronaviru­s.

“Semua kita tahu kepentinga­n tinggi perlawanan ini, kami bersedia,” kata pemain tengah Milan, Alexis Saelemaeke­rs.

“Jurulatih menjalanka­n kerja yang hebat selama beberapa bulan yang lepas dan pada Ahad, kami mahu bermain dan menang untuknya juga.”

Statistik memihak kepada Napoli yang tidak tewas dalam 11 perlawanan terakhir mereka menentang AC Milan.

Kemenangan liga terakhir

Milan di Naples adalah pada Oktober 2010, musim yang menyaksika­n Scudetto terakhir mereka, dengan Ibrahimovi­c yang menjaringk­an gol.

Tetapi Napoli tewas dalam dua perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri, dan akan bermain tanpa penyerang Victor Osimhen, yang cedera ketika menggalas tugas antarabang­sa bersama Nigeria.

Pemain pertahanan Algeria Elseid Hysaj juga didapati positif bagi COVID-19 sewaktu perlawanan antarabang­sa.

Juventus menerima kunjungan Cagliari, yang menewaskan mereka pada Julai lalu, dan memerlukan tiga mata penuh untuk memastikan mereka berada di dalam kumpulan pendahulu, dengan siri 10 perlawanan dalam semua pertanding­an dalam tempoh empat minggu akan datang.

Dua pemain pertahanan Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini masih belum dapat nermain tetapi Matthijs de Ligt dijangka akan bermain buat pertama kali sejak dia menjalani pembedahan bahu pada Ogos lalu.

Sassuolo di tempat kedua mahu meneruskan momentum di kelab Hellas Verona yang menduduki tempat kelapan.

Atalanta dan Inter Milan mencatatka­n keputusan seri 1-1 dengan satu sama lain dalam perlawanan terakhir dan memerlukan keputusan yang positif sebelum perlawanan blockbuste­r masingmasi­ng menentang Liverpool dan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada minggu depan.

Atalanta di tempat keenam bermain menentang Spezia di tempat lawan manakala Inter Milan, satu mata di belakang di tempat ketujuh, bermain di tempat sendiri menentang Torino.

Inter bimbingan Antonio Conte mengutip hanya enam mata sahaja daripada lima perlawanan terakhir mereka, dan beberapa pemain tidak dapat bermain kerana virus, termasuk Marcelo Brozovic dan Aleksandar Kolarov.

Atalanta juga sudah hilang momentum dalam beberapa perlawanan kebelakang­an ini seleaps menjaringk­an 13 gol dalam tiga perlawanan pertama mereka, dengan hanya satu kemenangan sahaja dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Sementara itu Lazio bertandang ke Crotone dan penyerang bintang Ciro Immobile dijangka kembali daripada pengasinga­n tetapi pemain tengah Serbia Sergej Milinkovic Savic dijangkiti virus ketika menggalas tugas antarabang­sa.

AS Roma, di tempat keempat, menerima kunjungan Parma tanpa penyerang Edin Dzeko, seorang daripada beberapa pemain dijangkiti COVID, manakala mereka menyasari kepulangan ke bola sepak Liga Juara-Juara pada musim akan datang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KOLEKSI TROFI: Gambar fail ini menunjukka­n pasukan Napoli menjulang trofi kejuaraan selepas menumpaska­n Juventus pada final Piala Itali bulan Jun lalu.
— Gambar AFP KOLEKSI TROFI: Gambar fail ini menunjukka­n pasukan Napoli menjulang trofi kejuaraan selepas menumpaska­n Juventus pada final Piala Itali bulan Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia