Utusan Borneo (Sarawak)

Jack Grealish enggan dibandingk­an dengan legenda Gascoigne

-

LONDON: Pemain sayap Aston Villa Jack Grealish menegaskan dia perlu menjadi bintang di satu kejohanan besar sebelum dia layak untuk dibandingk­an dengan legenda England, Paul Gascoigne.

Grealish akhirnya seakanakan sudah meyakinkan pengurus England Gareth Southgate tentang kualitinya selepas dia menyinar dalam tiga perlawanan antarabang­sa.

Kapten Villa itu menyusuli persembaha­nnya yang cemerlang ketika menentang Republik Ireland dan Belgium dengan satu lagi pretasi yang hebat dalam kemenangan 4-0 ke atas Iceland pada Rabu lepas.

Kejayaan Grealish bersama England tiba selepas pemain berusia 25 tahun itu pada mulanya mengalami kesukaran untuk meyakinkan Southgate walaupun mempamerka­n prestasi yang cemerlang untuk Villa.

Stailnya yang ranggi ketika membawa bola telah mengundang perbanding­an dengan Gascoigne, bekas pemain tengah Tottenham, Lazio dan Rangers, yang menjadi ikon kebangsaan selepas persembaha­nnya yang cemerlang di Piala Dunia 1990 dan Kejuaraan Eropah 1996.

Grealish mengakui dia amat meminati Gascoigne, tetapi menjelaska­n dia tidak layak menerima pujian sehingga dia menjadi tumpuan utama di Kejuaraan Eropah pada tahun depan atau Piala Dunia 2022.

“Saya berkembang daripada perbanding­an seperti itu. Saya amat meminati Gazza,” kata Grealish.

“Saya telah menonton dokumentar­inya dalam Netflix kira-kira sebanyak sejuta kali. Saya amat menyukai perwatakan­nya di atas padang dan di luar padang.

“Saya amat menyukai cara dia bermain bola sepak dengan begitu bebas dan begitu gembira. Kita dengar begitu ramai orang bercakap mengenainy­a dan berkata dia begitu menyeronok­kan untuk dilihat – dan saya rasa itu adalah pujian terbesar yang kita dapat terima sebenarnya.

“Apabila orang berkata kepada saya: ‘Ia amat menyeronok­kan untuk melihat anda’, ia membuatkan saya rasa gembira kerana itulah apa yang saya mahu buat. Saya hanya mahu menghiburk­an orang.

“Tetapi saya juga mahu bermain dengan berkesan di atas padang, sama seperti Gazza. Tetapi perbanding­an itu, saya rasa ternyata terlalu jauh sekali kerana saya belum lagu bermain di mana-mana kejohanan pun, tidak sepertinya.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEMERLANG: Grealish (kiri) semasa beraksi dalam Liga Negara UEFA di antara England dan Iceland, baru-baru ini.
— Gambar AFP CEMERLANG: Grealish (kiri) semasa beraksi dalam Liga Negara UEFA di antara England dan Iceland, baru-baru ini.
 ??  ?? GASCOIGNE
GASCOIGNE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia