Utusan Borneo (Sarawak)

Flick perlu cari pengganti Kimmich yang dalam pemulihan

-

BERLIN: Hansi Flick perlu memutuskan pemain gantian bagi tonggak tengah Bayern Munich yang cedera Joshua Kimmich menjelang perlawanan­nya yang ke-50 sebagai ketua jurulatih pada malam ini (Sabtu).

Kimmich, 25 tahun, sedang menjalani pemulihan daripada pembedahan lutut selepas dia terpaksa dikeluarka­n dalam kemenangan 32 di Dortmund dua minggu lepas yang mengekalka­n Bayern di tempat teratas Bundesliga.

Flick, pengurus Bayern, ‘lega’ kerana Kimmich dijangka akan kembali bermain semula pada Januari, tetapi buat sementara waktu mesti mencari pengganti tengah untuk perlawanan pada malam ini di Werder Bremen.

Pemain veteran Javi Martinez, 32, merupakan calon utama selepas Corentin Tolisso kembali daripada menggalas tugas bersama Perancis dengan mengalami kecederaan ringan.

Selepas dia mengambil alih tugas setelah Nico Kovac dipecat pada November lalu, Flick mengemudi Bayern untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada musim lepas sebagai sebahagian daripada kejuaraan ‘treble’.

Pengurus berusia 55 tahun itu memiliki rekod terbaik bagi mana-mana jurulatih Bayern menjelang perlawanan­nya yang ke-50 dalam semua pertanding­an.

Di bawah Flick, Bayern memenangi lima kejuaraan dengan turut memenangi Bundesliga, Piala Jerman, Piala Super UEFA, dan Piala Super Jerman selain Liga Juara-Juara.

Mereka boleh menambah kejuaraan keenam pada Februari

di Piala Dunia Kelab FIFA di Doha.

Rekodnya bagi 45 kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan meletakkan Flick di depan dua bekas jurulatih Bayern, Pep Guardiola dan Jupp Heynckes, yang mengemudi mereka untuk memenangi kejuaraan “treble” pada 2013.

Bremen tidak tewas dalam enam perlawanan liga terakhir mereka sejak mereka kalah kepada Hertha Berlin pada hari pembukaan musim tetapi Bayern memenangi 19 perlawanan liga terakhir mereka menentang Bremen sejak 2010.

Penyerang Bayern Robert Lewandowsk­i sudah menjaringk­an 19 gol ketika menentang Bremen dan tiga lagi boleh menyaksika­nnya mencapai jumlah jaringan bersejarah sebanyak 250 gol dalam Bundesliga.

Selepas dia naik ke tempat kedua dengan kemenangan 3-0 ke atas Freiburg dua minggu lepas, RB Leipzig memburu kemenangan pertama di Eintracht Frankfurt pada malam ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SERIUS: Kimmich (terbaring) menerima rawatan semasa perlawanan Bundesliga di antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich di Stadium Signal Iduna Park di Dortmund, Jerman.
— Gambar AFP SERIUS: Kimmich (terbaring) menerima rawatan semasa perlawanan Bundesliga di antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich di Stadium Signal Iduna Park di Dortmund, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia