Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Super: Sabah FC mula mengorak langkah, lantik tiga jawatan penting

-

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) sebagai entiti baharu yang menggantik­an Tambadau Sabah dalam saingan Liga Super musim depan mula mengorak langkah dengan mengisi tiga jawatan penting.

Tiga jawatan penting itu adalah Pengarah Teknikal, Pengurus Pasukan dan Pegawai Pembanguna­n Belia di mana ia ditugaskan kepada antara tiga watak utama sejarah bola sepak negeri Sabah iaitu Justin Ganai, Jelius Ating dan David Johnny.

Datuk Verdon Bahanda yang baharu seminggu dilantik sebagai CEO Sabah FC, mengumumka­n pelantikan itu dalam sidang media pertamanya di Pejabat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di Likas dekat sini semalam.

Jurulatih berpengala­man, Justin Ganai dipikulkan tugas sebagai Pengarah Teknikal manakala bekas jurulatih skuad belia, David Johnny @ Mohd Aiyman Johnny Abdullah selaku Pegawai Pembanguna­n Belia.

Bekas ketua jurulatih yang menjulang Sabah selaku juara Liga Premier 2019 untuk kembali ke saingan Liga Super musim ini, Jelius Ating telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan dan juga salah seorang jurulatih Sabah FC.

Menurutnya, penyandang tiga jawatan itu akan memulakan tugas termasuk mencari pemain seawal-awalnya minggu hadapan.

"Sekarang kita masih dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di mana bola sepak belum dibenarkan. Sebaik dapat kebenaran, kita akan terus turun ke lapangan," kata Verdon.

Beliau berkata, tugas utama Sabah FC sekarang ialah membentuk skuad bagi menghadapi saingan Liga Super di mana mereka kini perlu menggalas semua pengurusan­nya tanpa campurtang­an daripada mana-mana pihak termasuk SAFA.

Peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan bahawa semua pasukan yang bersaing dalam Liga Super musim depan dilesenkan serta diswastaka­n dan bidang kuasa antara persatuan negeri dengan kelab perlu dipisahkan.

"Pengurusan pasukan Sabah ke Liga Super ini diletakkan di bawah Sabah FC Sdn Bhd. Walaupun Sabah FC ini masih milik penuh kepada SAFA tetapi pengurusan­nya hendaklah seratus peratus bebas daripada sebarang campurtang­an daripada mana-mana pihak termasukla­h dari badan SAFA itu sendiri," kata Verdon.

Sehubungan dengan itu katanya, beliau perlu menstruktu­r Sabah FC mengikut keperluan yang digariskan FAM dan AFC terutama di peringkat bahagian pentadbira­n kelab dan bahagian teknikal.

"Jawatan-jawatan lain akan diisi selewat-lewatnya pada minggu hadapan sebab kita perlu memberikan keseluruha­n struktur kita ini (Sabah FC) kepada FAM selewat-lewatnya 30 November 2020. Maknanya saya masih ada masa satu minggu untuk memenuhi semua keperluan ini," kata Verdon.

 ??  ?? DILANTIK: Verdon (dua dari kanan) bersama Justin (dua dari kiri), Jelius (kanan) dan David (kiri) di pekarangan pejabat SAFA selepas sidang media semalam.
DILANTIK: Verdon (dua dari kanan) bersama Justin (dua dari kiri), Jelius (kanan) dan David (kiri) di pekarangan pejabat SAFA selepas sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia