Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic mara ke separuh akhir Final Jelajah ATP

Hasil kemenangan ke atas Zverev sekali gus mengekalka­n hasrat untuk menyamai rekod kejuaraan Federer

-

LONDON: Novak Djokovic menewaskan Alexander Zverev untuk mengesahka­n tempat ke peringkat separuh akhir, Final Jelajah ATP pada Jumaat, selain mengekalka­n kedudukan di landasan untuk menyamai rekod Roger Federer yang muncul juara sebanyak enam kali pada kejohanan akhir musim ini.

Pemain pilihan pertama kejohanan dari Serbia itu, yang tewas kepada Daniil Medvedev pada perlawanan kedua di sini, sekali lagi tidak bermain di tahap terbaik beliau tetapi masih mampu menang 6-3 dan 7-6(7/4).

Pada perlawanan kedua, yang tidak memberi sebarang makna, Medvedev, pilihan keempat kejohanan, menewaskan Diego Schwartzma­n 6-3 dan 6-3.

Pada ulangan perlawanan final 2018, Djokovic menyelamat­kan kesemua tiga mata pendahulua­n ketika berdepan jaguh dari Jerman itu dan akan bertemu dengan juara Kumpulan London 2020, Dominic Thiem di peringkat separuh akhir.

Medvedev, yang memenangi Kumpulan Tokyo 1970, akan bertemu dengan pilihan kedua, Rafael Nadal pada perlawanan separuh akhir kedua.

Keputusan pada Jumaat itu bermakna empat pemain teratas dunia akan terlibat dalam perlawanan separuh akhir kejohanan ini.

Djokovic sudah menyamai rekod Pete Sampras untuk menamatkan tahun selaku pemain nombor satu dunia sebanyak enam kali dan kini memburu rekod Federer pada kejohanan ini.

Beliau mendahului Zverev pada kali permainan pertama sebelum mendahului 3-0 pada satu ketika namun pemain berusia 33 tahun itu ketinggala­n 15-40 pada permainan ketujuh selepas Zverev mengikat kedudukan 3-3.

Tetapi kegagalan Zverev menyempurn­akan mata penting untuk mendahului kedudukan buat kali pertama pada set itu membawa padah apabila Djokovic bangkit bergaya dan memenangi tiga mata seterusnya untuk memenangi set pertama.

Zverev memberikan tentangan yang lebih kuat pada set kedua dan permainan berlarutan sehingga ke permainan tiebreak, dengan Zverev mendahului awal tetapi Djokovic berjaya mengikat kedudukan sebelum meningkatk­an lagi permainann­ya untuk mengesahka­n tempat ke separuh akhir.

Djokovic berkata beliau berjaya mencari pukulan tepat pada saat penting, berbeza ketika permainann­ya menentang Medvedev sebelum ini.

Beliau juga berkata Thiem, pemain pilihan ketiga kejohanan dari Austria yang memenangi kejuaraan Grand Slam pertamanya di Terbuka Amerika (AS) pada bulan September lalu, pastinya lawan yang sukar.

“Apa yang pasti, di awal kerjayanya, beliau bermain dengan baik di permukaan tanah liat tetapi apabila menjadi pemain paling serius dalam jelajah, Dominic menemui rentak bermain dengan baik di semua permukaan,” kata Djokovic.

“Kejuaraan Grand Slam pertama beliau ialah di permukaan simen di New York. Saya menentang beliau di sini tahun lepas dan tewas 7-6 pada set ketiga. Ia benarbenar perlawanan menarik. Saya berharap kami boleh bermain satu lagi perlawanan yang hebat dengan keputusann­ya berbeza kali ini.”

Kemenangan Medvedev ke atas Schwartzma­n memberikan beliau kemenangan ketiga berturut-turut di pusingan kumpulan – satu pencapaian lebih bagus dari penampilan sulung pada kejohanan akhir musim ini tahun lepas apabila tewas kesemua tiga perlawanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERAKSI TANGKAS: Aksi Djokovic semasa menentang Zverev dalam Kejohanan Final Jelajah ATP di O2 Arena di London.
— Gambar AFP BERAKSI TANGKAS: Aksi Djokovic semasa menentang Zverev dalam Kejohanan Final Jelajah ATP di O2 Arena di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia