Utusan Borneo (Sarawak)

PAKEJ KRITIKAL DALAM PROJEK HEP BALEH BERJAYA DISIAPKAN • MUKA 7

Upacara ‘miring’ diadakan tanda kesyukuran kejayaan bina terowong lencongan, pengalihan dan penutupan sungai

-

KUCHING: Projek hidroelekt­rik (HEP) 1,285 MW di Baleh menempa kejayaan susulan pembinaan terowong dua arah serta kerja-kerja pengalihan dan penutupan sungai pada Oktober lalu.

Menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad (SEB) semalam, upacara ‘miring’ diadakan oleh masyarakat tempatan pada Rabu lalu sebagai tanda kesyukuran selepas pakej kritikal projek

Menteri Utiliti

itu berjaya disiapkan.

Upacara itu merupakan kolaborati­f antara pasukan HEP Baleh dan pemimpin masyarakat dengan sokongan Pejabat Residen Kapit dan Pejabat Daerah Bukit Mabong.

Penghulu Komuniti Jampi Rawing dan beberapa tuai rumah bersama-sama menjalanka­n upacara ‘miring’ di tiga lokasi iaitu di kiri, kanan dan bahagian hulu lembah serta kawasan tengah.

Turut hadir Residen Kapit Nyurak Keti, wakil Pejabat Daerah Bukit Mabong Douglas Pungga Lawang dan wakil kerajaan tempatan dan Lembaga Sungi-Sungai Sarawak (LSS).

Bagaimanap­un, jumlah

HEP Baleh merupakan salah satu projek infrastruk­tur terbesar di Sarawak dan SEB setakat ini untuk mendapatka­n kapasiti tenaga yang diperlukan bagi pertumbuha­n dan pembanguna­n masa

” depan negeri.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

hadirin ditetapkan pada tahap minimum sebagai langkah pencegahan terhadap jangkitan COVID-19.

Penyiapan terowong lencongan, pengalihan sungai dan penutupan adalah sebahagian daripada enam pakej kerja projek HEP Baleh.

Berukuran sepanjang 1.2 kilometer, terowong pengalihan berlapis konkrit berganda selari antara satu sama lain yang membolehka­n aktiviti pengalihan sungai terbabit kini berfungsi sepenuhnya.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memuji SEB dan pasukan projek HEP Baleh serta kontraktor kerana berjaya mencapai kejayaan walaupun terdapat banyak cabaran di tapak projek dan pandemik COVID-19.

“HEP Baleh merupakan salah satu projek infrastruk­tur terbesar di Sarawak dan SEB setakat ini untuk mendapatka­n kapasiti tenaga yang diperlukan bagi pertumbuha­n dan pembanguna­n masa depan negeri.

“Ini selaras dengan aspirasi ke arah status negeri berpendapa­tan tinggi pada 2030 dengan menyediaka­n tenaga hidro yang dapat diperbahar­ui.

“Semasa lawatan saya pada Julai lalu, saya dapat melihat projek berskala besar ini berupaya memberi peluang pekerjaan kepada sekitar 3,000 orang,” kata Dr Rundi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datu Sharbini Suhaili berkata, HEP Baleh akan menyumbang untuk mengekalka­n status SEB sebagai penyedia tenaga boleh diperbahar­ui terbesar di Malaysia.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan pelbagai pihak berkepenti­ngan dengan keperluan berbeza serta mengimbang­i sokongan daripada kepimpinan dan masyarakat untuk mencapai sasaran penyelesai­an terowong bagi pengalihan sungai.

“Ini sangat penting untuk mencapai sasaran pentauliah­an HEP Baleh pada 2026,” tambahnya.

Pada awal September lalu, wakil Presiden Eksekutif Penyampaia­n Projek Ir Pramod Kumar Karunakara­n mengetuai pasukan projek HEP Baleh dan kontraktor menandakan dan menilai kesediaan terowong pengalihan untuk kerjakerja pengalihan sungai pada Majlis Minggu Kesihatan, Keselamata­n, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSSE) untuk HEP Baleh.

Beliau menjelaska­n, dengan selesainya pembinaan terowong pengalihan tersebut di hulu ‘cofferdam’ pada Oktober, pengalihan sungai berjaya dilakukan untuk membolehka­n pembinaan empangan utama dilaksanak­an.

Kerja-kerja pengalihan dan penutupan sungai untuk HEP Baleh bermula pada 1 Oktober dan berjaya disiapkan pada 16 Oktober lalu.

 ??  ??
 ??  ?? PAKEJ KRITIKAL: Pemandanga­n lencongan sungai HEP Baleh yang berjaya dilaksanak­an.
PAKEJ KRITIKAL: Pemandanga­n lencongan sungai HEP Baleh yang berjaya dilaksanak­an.
 ??  ?? MOHON BERKAT: Upacara ‘miring’ yang dijalankan di HEP Baleh baru-baru ini.
MOHON BERKAT: Upacara ‘miring’ yang dijalankan di HEP Baleh baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia