Utusan Borneo (Sarawak)

Negara G20 desak akses global kepada vaksin COVID-19

Pemimpin bertemu dalam talian untuk sidang dua hari ketika usaha antarabang­sa dipertingk­at untuk mengeluark­an vaksin

-

RIYADH: Negara-negara G20 menekankan keperluan bagi akses global kepada vaksin koronaviru­s di satu sidang kemuncak maya anjuran Arab Saudi kelmarin yang didominasi usaha untuk menangani pandemik dan kemeleseta­n global terburuk sejak beberapa dekad yang lalu.

Para pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang enggan mengaku kalah dalam pilihan raya yang getir, muncul dalam beberapa tingkap di atas skrin yang berkelip, dalam satu webinar taruhan tinggi yang diadakan di tengah-tengah pandemik yang marak.

Para pemimpin bertemu dalam talian untuk sidang selama dua hari ketika usaha antarabang­sa dipertingk­atkan untuk mengeluark­an vaksin koronaviru­s secara besar-besaran selepas kemajuan dicapai dalam uji kaji, dan ketika seruan semakin meningkat bagi negara-negara G20 untuk menampung kekurangan pembiayaan sebanyak AS$4.5 bilion (RM19.4 bilion).

“Walaupun kita optimis tentang kemajuan yang dicapai dalam usaha membuat vaksin, terapeutik dan alat diagnostik bagi COVID-19, kita mesti berusaha untuk mewujudkan keadaan bagi akses yang berpatutan dan saksama kepada alat ini bagi semua orang,” kata tuan rumah sidang kemuncak itu, Raja Salman dari Arab Saudi.

“Kita ada kewajipan untuk menyahut cabaran bersamasam­a di sidang kemuncak ini dan memberikan mesej harapan dan jaminan yang jelas kepada rakyat kita dengan meluluskan dasar untuk mengurangk­an kesan daripada krisis ini,” katanya kepada para pemimpin dunia dalam ucapan pembukaan.

Presiden China Xi Jinping bercakap mengenai keperluan untuk membina “dinding global menentang COVID19” dan menyeru kepada negara-negara G20 untuk membantu mengagihka­n vaksin “secara adil dan cekap”, menurut agensi berita kerajaan Xinhua.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pula berkata krisis kesihatan sekarang merupakan “satu ujian bagi G20”, dan menegaskan “tindak balas berkesan kepada pandemik tidak akan ada jika ia bukan tindak balas global”.

Ketika acara yang merintis jalan itu bermula, beberapa perkara aneh berlaku pada awalnya, dengan seseorang yang kedengaran memberitah­u Raja Salman bahawa “seluruh dunia sedang menonton” sebelum acara itu bermula dan Xi dipercayai terpaksa mendapatka­n bantuan teknikal.

Dengan harapan Arab Saudi bagi perbarisan besarbesar­an yang dimusnahka­n oleh pandemik, acara itu telah dikurangka­n kepada sesi dalam talian singkat bagi apa yang disebut oleh pemerhati sebagai “diplomasi digital”.

Walaupun terpaksa melupakan kebanyakan upacara biasa yang gilanggemi­lang, Arab Saudi melancarka­n persidanga­n dengan satu pertunjuka­n akrobatik udara di ruang udara Riyadh.

Selain Xi dan Macron, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan turut berucap kepada hadirin, di mana sumber berkata perubahan iklim adalah antara isu-isu utama dalam agenda.

Trump, yang masih menolak kekalahann­ya dalam pilihan raya, disambung seketika dengan persidanga­n dan “bercakap tentang tindakan agresif dan langkah keselamata­n yang diambil oleh Amerika Syarikat untuk melindungi golongan lemah, merintis rawatan bersejarah, dan membuat vaksin dan terapi pada kelakuan yang mencipta rekod, yang akan menyelamat­kan jutaan nyawa,” menurut satu kenyataan Rumah Putih. Selepas itu, beliau keluar untuk bermain golf.

Ramai pemimpin G20 sudah mengucapka­n tahniah kepada pencabarny­a yang bakal menjadi presiden, Joe Biden.

Negara-negara G20 sudah menyumbang lebih AS$21 bilion (RM90 bilion) untuk memerangi pandemik, yang sudah menjangkit­i 56 juta orang pada peringkat global dan mengorbank­an 1.3 juta orang, selain menyuntik AS$11 trilion (RM47.3 trilion) untuk “melindungi” ekonomi dunia yang terjejas teruk akibat virus, kata penganjur.

Negara-negara G20 mesti membantu menampung kekurangan pembiayaan sebanyak AS$4.5 bilion dalam apa yang dipanggil ACT-Accelerato­r, seperti apa yang dituntut oleh perdana menteri Norway, presiden Afrika Selatan, dan ketuaketua Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam sepucuk surat bersama kepada kumpulan itu.

Program itu menggalakk­an pengagihan vaksin COVID19 yang saksama, termasuk negara miskin, untuk mengekang pandemik.

Rekod hak asasi manusia Arab Saudi menyelubun­gi persidanga­n, selepas aktivis dan keluarga aktivis yang dipenjara melancarka­n kempen bertenaga untuk menarik perhatian kepada isu tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Pengamal media berkumpul di Pusat Media Antarabang­sa di Riyadh bagi mendengar ucapan pembukaan dari Raja Salman menjelang sidang kemuncak G20.
— Gambar AFP FOKUS: Pengamal media berkumpul di Pusat Media Antarabang­sa di Riyadh bagi mendengar ucapan pembukaan dari Raja Salman menjelang sidang kemuncak G20.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia