Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM KES LANGGAR LARI

-

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang­nya disyaki terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Matang Malihah di sini malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan kira-kira jam 7.40 malam itu menyebabka­n mangsa, Joseph Aw, 58, dari Kampung Chawan maut di tempat kejadian.

Jelasnya, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dan dua kereta yang masingmasi­ng menghala ke arah Malihah.

“Semasa sebuah kereta yang tidak dikenal pasti nombor pendaftara­n sedang memotong sebuah kereta putih di hadapan, tiba-tiba pemandu terbabit masuk ke laluan secara mengejut lalu melanggar bahagian hadapan kanan sebuah kereta serta melanggar motosikal yang ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Alexson memberitah­u, akibat kejadian, penunggang motosikal terbabit tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecederaan di kepala.

“Penunggang motosikal tersebut disahkan maut di tempat kejadian oleh pakar perubatan Hospital Umum Sarawak,” dedahnya.

Manakala tambahnya, pemandu kereta yang tidak dikenal pasti nombor pendaftara­n tersebut telah melarikan diri bersama kereta yang dipandunya.

Sementara itu katanya, pemandu dan penumpang kereta putih terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tegasnya, kes masih dalam siasatan dan diklasifik­asikan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Mangsa dibawa ke Hospital Umum

Sarawak untuk tindakan selanjutny­a,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, pihaknya sedang menjejaki kereta yang tidak dikenal pasti nombor pendaftara­n yang terlibat dalam kes langgar lari dan menyebabka­n kematian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh terus menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nur Alif Abdul Rahman di talian 017-2464933 atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan William Willie di talian 013-8176960 bagi membantu siasatan,” tegasnya.

 ??  ?? ROSAK: Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Matang Malihah.
ROSAK: Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Matang Malihah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia