Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 1,096 kes baharu, tiga kematian

-

KUALA LUMPUR: Malaysia semalam mencatatka­n 1,096 kes baharu COVID19, dengan Selangor terus mencatatka­n kes tertinggi iaitu 603 kes (55.0 peratus) dan diikuti Sabah dengan 311 kes (28.4 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 54,775 kes.

Bagaimanap­un, jumlah kes pulih melebihi kes baharu dengan 1,104 kes direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 41,597 kes.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, catatan kes baharu itu menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID19 sebanyak 12,843 kes.

Beliau berkata daripada 1,096 kes baharu hari ini, sebanyak 1,090 kes melibatkan penularan tempatan manakala bakinya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Angka COVID-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambaha­n kes bagi kluster-kluster terutamany­a kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambaha­n 502 kes (83.3 peratus).

“Sabah pula mencatatka­n jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh peningkata­n pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat iaitu 139 kes (44.7 peratus),” kata Dr Noor Hisham.

Kenyataan itu memaklumka­n 72 kes (6.6 peratus) dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara dan penjara membabitka­n Kluster Tembok (42 kes), Kluster Bakti (16 kes), Kluster Rumah Merah (empat kes), Kluster Penjara Sandakan (empat kes), Kluster Penjara Seberang Perai (dua kes) Kluster Penjara Reman (dua kes), Kluster Penjara Kepayan (satu kes), dan Kluster Matambai (satu kes).

Dr Noor Hisham berkata terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 46 kes memerlukan bantuan pernafasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia