Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni rumah kebajikan hilang dibawa ke balai polis

-

SIBU: Seorang warga emas yang merupakan penghuni rumah kebajikan Sibu Benovolent Society di sini dibawa ke balai polis setelah dilaporkan hilang dari rumah kebajikan itu malam Rabu lalu.

Laporan mengenai kehilangan­nya dibuat oleh penyelia rumah kebajikan terbabit pada keesokan paginya di Balai Polis Sungai Merah.

Warga emas lelaki berusia 78 tahun itu dikatakan memanjat pagar untuk keluar, sebelum berjalan kaki ke bandar ini di mana dia berkeliara­n tanpa tujuan.

Seorang anggota awam melihatnya berehat di lobi sebuah hotel di Lorong 2, Jalan Lanang di sini malam Rabu lalu dan terus menghubung­i polis.

Polis cuba menentukan alamat rumah daripada kad pengenalan­nya, tetapi alamatnya hanya menunjukka­n bahawa dia berasal dari Sungai Bidut di sini.

Tidak ada alamat rumah yang pasti bagi membolehka­nnya dihantar pulang, justeru polis membawanya ke balai dan warga emas itu tinggal selama satu malam di balai.

Pada pagi Khamis lalu, mereka menghantar­nya pulang setelah mereka mengesahka­n dia lari dari rumah kebajikan.

Tetapi warga emas terbabit meninggalk­an rumah kebajikan itu semula tidak lama kemudian namun pulang pada tengah hari.

Naib Pengerusi Sibu Benevolent Society Robert Chew berkata mereka sebenarnya membuat banyak laporan polis mengenai kehilangan­nya dari rumah kebajikan itu dalam empat bulan ini.

Beliau mengesahka­n lelaki itu sering keluar dari rumah kebajikan dengan memanjat pagar.

Menurutnya, warga emas terbabit sering diingatkan berkali-kali agar tidak berbuat demikian namun tidak mengendahk­annya.

Ketika warga emas itu kembali semula ke rumah kebajikan pada hari Khamis lalu, dia memberi alasan keluar untuk mencari pekerjaan.

Chew memberitah­u bahawa pihaknya mungkin mempertimb­ang untuk tidak menjaganya lagi di rumah kebajikan itu.

 ??  ?? NYANYUK: Warga emas terbabit kelihatan berehat di lobi hotel.
NYANYUK: Warga emas terbabit kelihatan berehat di lobi hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia