Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kampung diingatkan patuhi SOP bagi menangani COVID-19

-

MIRI: Penduduk kampung diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani COVID-19 ketika menjalanka­n atau menghadiri sebarang aktiviti sosial mahupun keagamaan di peringkat kampung masing-masing.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata sokongan berterusan rakyat peringkat akar umbi sangat penting membantu kerajaan menghentik­an rantaian jangkitan wabak COVID-19.

“Mari kita bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam pertempura­n melindungi rakyat daripada wabak COVID-19 yang amat berbahaya ini.

“Dalam tempoh COVID19 ini, disiplin diri dengan mengamalka­n norma baharu sangat penting seperti memakai pelitup muka di tempat awam,” katanya ketika merasmikan Program Solidariti Komuniti di Balai Raya Kampung Piasau Utara di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata, walaupun kerajaan sentiasa berusaha menjaga keselamata­n rakyat daripada virus itu namun rakyat harus bersatu dan menyokong serta menjaga satu sama lain.

Oleh itu, Program Solidariti Komuniti salah satu strategi kerajaan mendapat maklum balas langsung daripada rakyat peringkat akar umbi khususnya golongan muda.

“Era moden sekarang, orang ramai sangat mudah mengakses maklumat daripada telefon pintar, justeru kita harus membimbing mereka agar anak-anak muda dapat maju sebagai pemimpin masa depan,” katanya.

Program itu dianjurkan Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) dan Kementeria­n Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak (KWKPK) dengan kerjasama Pejabat Residen Miri dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Turut hadir Pegawai JPNIN Bahagian Miri Giri Nyareng.

 ??  ?? UNTUKMU: Giri (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Ting pada majlis tersebut.
UNTUKMU: Giri (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Ting pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia