Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa projek pembanguna­n dilaksana di kawasan Tinjar

-

KUCHING: Kawasan Tinjar, Baram kini mengalami pembanguna­n yang pesat dengan beberapa projek pembanguna­n infrastruk­tur sedang giat dilaksanak­an.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil berkata, antara projek itu termasuk penyambung­an bekalan elektrik ke kampungkam­pung di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) Fasa 1.

“Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk Long Toyut, Long Tabing, Long Teran, Long Jegan, Long Takong dan Long Tisam di kawasan Baram.

“Turut dilaksanak­an ialah projek menaik taraf jalan dari simpang Lapok sehingga ke Long Tisam di bawah pakej Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA).

“Projek lain pula adalah pembinaan Gereja RC Long Jegan bernilai RM400,000 di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2020 dan pembinaan Dewan Serba Guna Sekolah Kebangsaan Long Jegan di bawah RTP 2021 dengan peruntukan RM250,000,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook beliau semalam.

Terdahulu, pada Sabtu, Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menghadiri Majlis

Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Kesyukuran di Kampung Long Jegan B, Tinjar.

Semasa majlis itu, beliau memberitah­u bahawa jalan masuk ke Long Jegan termasuk jalan ke Long Jegan A dan jalan di hadapan Long Jegan B akan dinaik taraf.

Malah katanya, terdapat juga projek-projek baik pulih rumah, penyediaan tapak rumah panjang Ketua Kaum (KK) Henry Kassim Wen dan projek-projek kecil lain sedang rancak dilaksanak­an.

“Banyak perkara yang telah kita bincangkan terutama melibatkan projek-projek yang telah dilaksanak­an, sedang dilaksanak­an dan akan dilaksanak­an di sini.

“Sementara menunggu projek naik taraf jalan HDA dilaksanak­an di kawasan ini, saya akan bekerjasam­a dengan

Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan beberapa lokasi jalan yang rosak teruk di antara simpang Long Tabing dan Long Teran dibaik pulih terlebih dahulu dengan kadar segera,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM15,000 masingmasi­ng kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Long Jegan A dan JKKK Long Jegan B.

Sebanyak RM5,000 juga diberikan masing-masing kepadaBiro­WanitaLong­JeganA, Biro Wanita Long Jegan B dan Biro Wanita Long Jegan C.

Selain itu, Penguang telah menyerahka­n peruntukan MRP sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Buhup Nyanyi Dahin Dahun Tuhan yang diwakili KK Lah Anyie Ngau.

 ??  ?? AMANAT: Penguang ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Kesyukuran di Kampung Long Jegan B, Tinjar.
AMANAT: Penguang ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Kesyukuran di Kampung Long Jegan B, Tinjar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia