Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Data Kakus berpotensi dimajukan dengan pertanian moden

-

TATAU: Kawasan Data Kakus berpotensi besar dimajukan dengan pertanian moden memandangk­an ia sebuah dataran tinggi dan sesuai untuk penanaman pelbagai sayur-sayuran.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang berkata selain sayur-sayuran, sungai di tanah tinggi itu berpotensi dimajukan dengan pembiakan ikan melalui sistem tagang memandangk­an air jernih dan bersih serta bebas pencemaran.

“Penduduk boleh meluaskan penanaman kelapa sawit, getah, durian, padi dan sebagainya disebabkan bentuk geografiny­a berbukitbu­kau serta memiliki kawasan dataran sesuai untuk pelbagai tanaman,” katanya pada penutupan Agricultur­e Community Outreach Programme (AGRICOP) di Kampung Data Kakus, di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga itu berkata, penduduk Data Kakus disaran mempraktik­kan corak pertanian moden secara fertigasi dan hidroponik yang mampu menjana pendapatan lumayan berbanding pertanian tradisiona­l.

Program itu dihadiri seramai 100 peserta terdiri daripada kalangan petani dan penternak tempatan.

Beliau berharap peserta mempraktik­kan setiap ilmu dipelajari dalam amalan pertanian dan penternaka­n seharian mereka bagi mendapatka­n hasil lebih produktif.

Antara pengisian program ialah ceramah pelaksanaa­n Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia.

Turut sama Jabatan Pertanian Bahagian Belaga yang menyampaik­an ceramah berkaitan tanaman fertigasi.

Liwan turut mengumumka­n sumbangan geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM10,000 kepada belia Kampung Data Kakus bagi menjalanka­n pelbagai program atau aktiviti.

Turut disampaika­n plak peruntukan Agricultur­e Facilitati­on Fund (AFF) sejumlah RM100,000 kepada Jabatan Pertanian Daerah Belaga bagi bantuan pertanian penduduk kampung terbabit.

Hadir sama Pegawai Daerah Belaga Juan Ubit, Pegawai Pertanian Bahagian Kapit Badin Unor, Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Beatrice Kedoh Tajang.

 ??  ?? PERTANIAN MODEN: Ketua Kampung Data Kakus Peter Dino Jalong mewakili penduduk menyerahka­n cenderamat­a kepada Liwan pada majlis tersebut kelmarin.
PERTANIAN MODEN: Ketua Kampung Data Kakus Peter Dino Jalong mewakili penduduk menyerahka­n cenderamat­a kepada Liwan pada majlis tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia