Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak perlu peruntukan seperti Orang Asli Semenanjun­g

Majoriti mereka masih ketinggala­n dalam pembanguna­n, tinggal di pedalaman yang belum merasai kepesatan pembanguna­n

-

Dayak di Sarawak memerlukan dana sebagaiman­a yang diberikan kepada komuniti Orang Asli daripada kerajaan persekutua­n untuk membawa lebih banyak kemudahan untuk komuniti Dayak dalam negeri terutama di kawasan

” luar bandar.

KUCHING: Komuniti Dayak di Sarawak memerlukan peruntukan dana daripada kerajaan persekutua­n seperti komuniti Orang Asli di Semenanjun­g Malaysia, kata Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang.

Ia berikutan majoriti Dayak di Sarawak masih ketinggala­n dalam pembanguna­n bersama komuniti lainnya yang tinggal di kawasan pedalaman yang masih belum merasai kepesatan pembanguna­n.

“Dayak di Sarawak memerlukan dana sebagaiman­a yang diberikan kepada komuniti Orang Asli daripada kerajaan persekutua­n untuk membawa lebih banyak kemudahan untuk komuniti Dayak dalam negeri terutama di kawasan luar bandar,”

Ahli Parlimen Lubok Antu tambahnya dalam kenyataann­ya kelmarin.

Jugah telah membawa perkara tersebut ke debat Bajet Parlimen 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini kerana merasakan Dayak memerlukan peruntukan tersebut bagi membantu komuniti berkenaan.

“Terdapat sebilangan kawasan Dayak di Sarawak yang masih belum mempunyai akses perhubunga­n jalan raya, bekalan air bersih dan mengharapk­an kerajaan pusat mempertimb­angkan cadangan tersebut,” tegasnya. Bagi menyokong dakwaan tersebut, Jugah berkata perkara tersebut tampak jelas terutama di kawasannya yang mempunyai ramai kependuduk­an komuniti Dayak yang juga ketinggala­n dalam pembanguna­n.

Buktinya jelas apabila komuniti Dayak di Sarawak masih belum merasai nikmat pembanguna­n setelah melihat laporan dalam akhbar tempatan di kawasannya di Lubok Antu.

Dalam laporan tersebut, seorang guru Dayak di Nanga Sumpa, Lubok Antu telah mengambil inisiatif membawa para pelajarnya berjalan selama dua jam di dalam hutan semata-mata untuk mencari rangkaian telekomuni­kasi bagi membantu dalam sesi pembelajar­an para pelajarnya.

“Begitulah keadaan yang perlu dilalui komuniti Dayak di Sarawak. Justeru, saya berharap kerajaan akan beri perhatian kepada Dayak di kawasan saya dan seluruh Sarawak umumnya,” katanya menjelaska­n.

Selain itu, beliau turut menyatakan lebih banyak jalan perhubunga­n perlu diwujudkan di kawasan luar bandar selain bekalan air bersih bagi rakyat di Lubok Antu dan menaik taraf kemudahan kesihatan di sini.

Kemudahan kesihatan yang kritikal diperlukan di Lubok Antu adalah sebuah pusat dialisis di pekan Lubok Antu, kerana kini kemudahan tersebut hanya terdapat di Betong atau Sri Aman.

Baru-baru ini, dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah mendedahka­n sejumlah

RM158 juta diperuntuk­kan untuk komuniti Orang Asli.

Zafrul berkata peruntukan itu adalah bagi kegunaan pelaksanaa­n Program Bantuan Sosial dan Program Pembanguna­n Bersepadu bagi perkampung­an Orang Asli.

Di Malaysia dan Indonesia, ‘Dayak’ secara umumnya merujuk kepada kumpulan dan komuniti etnik Orang Asli bukan Islam di Kepulauan Borneo, terutama di kawasan pedalaman.

Di bawah keterangan tersebut, tegasnya terdapat berdozen etnik dan beratus etnik kecil yang mendiami Kepulauan Borneo dan dipercayai terdapat lebih 30 kumpulan etnik yang berbahasa pelbagai.

Jugah Muyang

 ??  ?? JUGAH
JUGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia