Utusan Borneo (Sarawak)

Persekitar­an kondusif jamin keselamata­n, keharmonia­n penduduk: Len

-

SARIKEI: Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh menegaskan bahawa penyediaan persekitar­an kondusif menjadi jaminan aspek keselamata­n dan keharmonia­n penduduk.

Katanya, bagi meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat maka kita memerlukan satu anjakan baharu dalam komuniti.

“Inilah perubahan yang perlu kita terokai bersama dengan melaksanak­an beberapa program peringkat komuniti bagi merealisas­ikan perpaduan kaum di negara kita.

“Melalui program ini, penduduk memperoleh­i pelbagai informasi daripada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperkasa komuniti dalam situasi pandemik COVID-19.

“Kerajaan dalam usaha memperkasa rakyat dengan segala informasi yang dapat bersama menghadapi segala rintangan yang memerlukan komitmen semua pihak,” katanya pada Program Pendidikan Komuniti Bersama Penduduk Kampung Sarikei di Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan, Kampung Seberang Sarikei, semalam.

Sekitar 200 orang masyarakat setempat hadir memeriahka­n program tersebut.

Len turut menggesa pemimpin masyarakat agar bersama kerajaan menyampaik­an dasar dan maklumat kepada rakyat.

“Setiap maklumat dikongsi itu harus sahih dan benar serta tidak mendatangk­an kekeliruan kepada masyarakat.

“Justeru, kerajaan mengutamak­an konsep turun padang dan membawa agensi kerajaan kerap berurusan dengan masyarakat membolehka­n mereka berintraks­i secara terus dengan komuniti.

“Kita berharap masyarakat memanfaatk­an peluang ini untuk mendapatka­n maklumat disalurkan terutama memajukan diri dan keluarga,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei

merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Kaunselor Missiah Abu Seman dan Setiausaha Majlis Daerah Sarikei Sait Enggang.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Len menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada wakil Persatuan Gudi Sarikei yang turut sama menjayakan program.
PENGHARGAA­N: Len menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada wakil Persatuan Gudi Sarikei yang turut sama menjayakan program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia