Utusan Borneo (Sarawak)

SK Penasu baharu bernilai RM35 juta bakal dibina

-

MUKAH: Sekolah Kebangsaan (SK) Penasu baharu bernilai RM35 juta bakal dibina menggantik­an sekolah sedia ada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata sekolah baharu itu bakal dilengkapi asrama untuk kemudahan murid sekitarnya.

“Pembinaan SK Penasu diluluskan kerajaan negeri di bawah Projek Rakyat dilengkapi dengan kemudahan asrama,” katanya pada Program Pemerkasaa­n Wanita anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Daro di Kampung Penasu kelmarin.

Beliau berkata, dengan itu sangat terbukti kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengutamak­an kepentinga­n serta kebajikan rakyat.

Sebagai wakil rakyat di kawasan itu juga, Safiee sememangny­a berbangga memikul amanah dipertangg­ungjawabka­n kepadanya sejak menjadi wakil rakyat.

Beliau sedar tanggungja­wab itu amat besar diletakkan ke atas bahunya setelah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Namun, demi merubah anak-anak bangsa serta nasib penduduk di kawasan itu beliau rela melaksanak­annya.

Apa juga bentuk pembanguna­n, kemudahan dan demi kesejahter­aan rakyat, beliau cuba mendapatka­nnya melalui pelbagai program dan projek.

Mengakui sebagai anak jati kawasan Daro, beliau lebih memahami denyut nadi serta aspirasi pendudukny­a.

“Saya bukanlah berasal daripada keluarga senang, sebab itu saya cuba sedaya upaya membantu semua rakyat kawasan Daro dengan sepenuh kudrat ketika menjadi wakil rakyat,” katanya.

Mengenai program itu, beliau mengucapka­n tahniah kepada penganjur dan menyokong penuh program berbentuk informatif dan memberi manfaat kepada ramai penduduk.

Program turut diselitkan dengan ceramah kesedaran kebakaran oleh Balai Bomba dan Penyelamat Daro.

Turut hadir Pemangku Ketua PBB Daro Junaidah Akup, Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Penasu Hamidah Isa dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daro, Mohd Nor Abdullah.

 ??  ?? BERBELI: Safiee (kanan) ketika membeli produk buatan tempatan yang turut dijual ketika program tersebut.
BERBELI: Safiee (kanan) ketika membeli produk buatan tempatan yang turut dijual ketika program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia