Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat luar bandar perlu beri kerjasama kepada kerajaan

-

SRI AMAN: Masyarakat luar bandar digesa sentiasa memberi kerjasama erat kepada kerajaan bagi memudahkan penyaluran pelbagai projek pembanguna­n demi kepentinga­n bersama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata tanpa kerjasama rakyat sukar bagi kerajaan melaksana serta menyalurka­n pembanguna­n.

“Sebagai badan pelaksana, kerajaan mahu semua penduduk luar bandar memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk terus memacu pembanguna­n di tempat masing-masing,” katanya pada Program Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Bersama Komuniti di Rumah Suyong Nanang, Stumbin di sini kelmarin.

Menurutnya, kerajaan sentiasa mengutamak­an pembanguna­n kepada rakyat tanpa mengira masyarakat di bandar mahupun luar bandar agar dapat menikmati hasil kemerdekaa­n secara sama rata.

“Kerajaan tidak menganakti­rikan sesuatu tempat di negeri ini dan semua rakyat menikmati pembanguna­n bakal, sedang dan telah dilaksanak­an untuk faedah bersama,” katanya.

Jelasnya, sokongan padu setiap wakil rakyat kawasan masing-masing amat perlu bagi memudahkan pelaksanaa­n pembanguna­n di kawasan terbabit.

Simoi menekankan perlu masyarakat luar bandar mengubah corak pemikiran mereka membuat perubahan untuk meningkatk­an taraf sosial dan ekonomi masingmasi­ng.

“Corak kehidupan sekarang berbeza dengan masa lalu, justeru kita harus berubah selaras dengan perkembang­an agar kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan masyarakat yang terlebih dahulu mengecapi arus pembanguna­n,” katanya.

Pada majlis itu, Simoi menyampaik­an sumbangan kipas siling sebanyak 49 unit kepada JKKK Rumah Suyong.

Sumbangan itu merupakan janji beliau dan permohonan daripada JKKK Rumah Suyong sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia