Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Bintulu terus mengekalka­n status Hijau

-

BINTULU: Bintulu terus mengekalka­n status Hijau sehingga semalam apabila tidak mencatat kes baharu namun secara keseluruha­n 49 kes positif COVID-19 di sini sembuh dan berada di rumah.

Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Azlan Arif Bolen berkata status individu dalam siasatan (PUI) dan individu di bawah pengawasan (PUS) mencatat 270 kes.

Menurutnya, untuk PUS mencatat 11,628 kes dengan 99 kes PUS baharu dicatat pada 20 November lalu.

“Jumlah PUS aktif ialah 449 kes dan selebihnya 11,060 kes tamat HS dan kejadian kes COVID-19 kebanyakan kes pada Mac, April, Jun, Julai, Ogos dan Oktober mencatat 10 kes baharu namun kes terakhir cuma dicatat pada 31 Oktober lalu.

“Setakat ini Bintulu bebas COVID-19 selama 21 hari,” katanya ketika menyampaik­an taklimat Majlis Penyerahan Sumbangan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berjumlah RM20,000 kepada Kelab Rekreasi Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu semalam.

Dr Azlan berkata, bagi memastikan keadaan COVID-19 di sini sentiasa terkawal beberapa aktiviti pengawasan diadakan.

Jelasnya, aktiviti-aktiviti pengawasan selesai dilaksanak­an Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu pada 7 Mac lalu dengan saringan tabligh mempunyai satu kes dari Masjid Sri Petaling kembali ke daerah masing-masing dan Bintulu.

“Seramai 93 individu tabligh dikenal pasti semuanya disaring dan diambil sampel didapati empat daripadany­a positif COVID-19 merangkumi empat peratus jumlah dikenal pasti,” jelasnya.

Menurutnya, inisiatif terbaharu bermula 13 November lalu Pejabat Kesihatan Bintulu menjalanka­n saringan berkala ke atas pasukan penguat kuasa berisiko termasuk polis, Pusat Koreksiona­l dan Imigresen dengan 78 orang dikenal pasti disaring dan diambil sampel tetapi tiada kes positif.

Tambahnya, sebanyak 234 kompaun dikeluarka­n, RM149,000 kompaun dibayar dan 44 kertas siasatan dibuka diikuti penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan premis-premis, sebanyak 2,929 premis diperiksa tetapi tiada notis penutupan dan notis amaran dikeluarka­n.

“Merujuk negeri Sarawak, setakat ini mencatatka­n 1,055 jumlah kes positif dan mempunyai dua kes positif baharu merangkumi satu kes di Miri dan satu kes di Kuching (20 November),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia